Seperti yang anda semua tahu musim persekolahan dah beberapa minggu bermula. Ini merupakan momen paling istimewa buat anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Jelas sekali zaman sekolah sekarang ni tak lah macam dulu.
Segala kemudahan telah diberikan. Kalau dulu ketika perhimpunan kita slumber je duduk atas tanah, rumput dan jalar tar. Sampai berlubang punggung kita dibuatnya. Baru-baru ni viral foto ibu bapa marahkan guru kerana biarkan murid-murid duduk atas lantai. Relevan ke? Hmm…
Foto viral tersebut..
‘Inilah sikap sebahagian ibu bapa moden kini..’
‘Guru mesti berbeza dengan murid..’
‘Kecewa dengan ibu bapa yang sombong..’
‘Redhakan lah guru duduk atas kerusi..’
Sumber: Facebook Hadi Mat Dain