Di Dungun, Terengganu, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail (SMASED), dikenali sebagai Muhammad Fakrul Izad, 17, ditemui maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar kenderaan yang lain.
Menerusi laporan Harian Metro, mangsa ketika itu sempat ‘bergurau’ dengan kawannya sebelum terlibat dalam insiden itu.
Kemalangan maut
Aku keluar ni rasa-rasa akan accident (kemalangan).
Kejadian tersebut berlaku semalam pada jam 5.45 petang, di Jalan Kuala Dungun-Seberang Pintasan, manakala rakannya Muhammad Al Afiq Haikal Muhammad Al Bakri, yang membonceng motosikal itu mengalami kecederaan parah. Afiq kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.
Jelas rakan mangsa, Muhammad Izha Al Idrus Mohd Anuar, dia bersama rakan-rakan yang lain tinggal di sebuah rumah di Kampung Alur Tembesu, sejak seminggu lalu, bagi melakukan persediaan bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sebelum keluar rumah, arwah sempat melafaskan ungkapan itu. kami semua tidak menyangka kemalangan itu benar-benar terjadi ke atasnya.
Tidak lagi banyak bercakap
Sekadar gambar hiasan
Jelas rakan mangsa lagi, dia (Fakrul) lebih banyak mendiamkan diri berbanding sebelum ini.
Sejak beberapa hari ini arwah tidak selera makan dan asyik berdiam diri ketika kami bertanya keadaannya, dia cakap tak ada masalah. Ketika terima berita dia kemalangan, saya dan rakan-rakan ke tempat kejadian dan tidak sangka dia meninggal dalam kemalangan itu.
Mayat mangsa telah dibawa ke bilik forensik Hospital Dungun bagi tindakan selanjutnya dan kes tersebut disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
Sumber: Harian Metro