berita

‘Aku Ludah Muka Hang’ – Penjaga Tandas Didakwa Naik Angin Tak Dapat ‘Pau’ Duit Pengunjung Di Tempat Awam

December 13th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, viral satu video di media sosial memaparkan dua individu dipercayai sedang bertengkar mengenai penggunaan khemah di sebuah gazebo yang terletak di sebuah pusat peranginan di Tanjung Asam, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Minta RM50 sebab guna kawasan gazebo

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Panglima Bertanji mendakwa pertengkaran berlaku ketika dia sedang berkelah di Tanjung Asam, Bayan Lepas. Namun secara tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai penjaga kawasan berkenaan.

Lebih mengejutkan individu berkenaan didakwa dengan selambanya meminta bayaran berjumlah RM50 sebagai ‘sewa’ kerana menggunakan gazebo yang terdapat di pusat peranginan tersebut.

Hari ni jadi pertengkaran mulut dengan mangkuk hayun ni. Kita dari kecil sampai sekarang dok mai mandi kat Tanjung Asam, Penang ni dok berkemah kat sini. Last suruh kita pergi pasang tempat lain nak pasang kat situ bawah gazebo tu kena bayar RM50. Kata dia situ ada orang dah booking.

Dia kata dia dok bayar RM30k kat PJS dan majlis. Gazebo ni pun dia habiskan duit RM9k kata dia buat. Macam kita ni orang luar dia nak kencing.

‘Siap nak ludah pulak muka kita’

Meskipun begitu, Panglima Bertanji mengakui dia enggan membayar kerana dia tahu kawasan tersebut merupakan tempat awam dan tidak perlu dibayar ‘sewa’ seperti yang dimaksudkan individu berkenaan. Lebih biadap apabila individu terbabit dikatakan mahu meludah ke arah Panglima Bertanji kerana lelaki itu enggan membuat bayaran.

 Pagi awal lagi tukang sapu tu kata dia ja dok jaga situ. Mamat ni dok jaga tandas situ sekarang ni dia nak ambil tanah semua tu. Siap sapa yang nak berniaga kena bayar tapak RM10 kat dia.

Siap nak ludah pulak muka kita. Nasib dok fikir ada undang-undang sapa mula dok dalam tidak hinggap penumbuk dah dia ni. Hati-hati saapa nak pasang khemah dekat situ sebab situ rasa tempat awam. Jadi kalau bagi duit kat dia baik tambah RM30 pergi tidur hotel.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas iaitu YB Azrul Mahathir Bin Aziz memaklumkan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada individu yang menggunakan kawasan tersebut termasuklah gazebo yang disediakan oleh JPS DBD, Pulau Pinang. Jelasnya lagi, kawasan itu merupakan tanah rizab milik kerajaan dan ianya bebas digunakan oleh orang awam.

Buat masa ini tiada pihak yang diberikan kuasa untuk mengenakan apa-apa bayaran seperti ‘harta persendirian’ atau pihak yang diberikan kuasa tata kelola kawasan perkelahan tersebut. Jika berlaku insiden seperti ini,pengadu boleh membuat aduan di balai polis terdekat.

Sumber: Panglima Bertanji, ADUN PH N38 Bayan Lepas

SKIP THIS AD ×