berita

‘Aku Menyayangi Dikau Tanpa Batas Waktu..’ – Ucapan Birthday ‘Sweet’ Aeril Untuk Wawa Zainal Buat Ramai Terharu

March 13th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

ayatsweet

Siapa follow pasangan romantis Aeril dan Wawa Zainal di laman Instagram mereka, pasti korang tahu mereka merupakan peminat tegar hindustan. Semalam, viral di media sosial video kejutan Aeril untuk Wawa di Lombok. Memang sweet habis ala ala bollywood gitu.

Paling terharu apabila Aeril memuat naik turun foto mereka bersama berserta caption yang memang sweet habis. Alahai..bertuah sungguh Wawa Zainal ni.

Menyayangi dikau tanpa batas waktuaeril1

Maafkan aku… Jika sebelum-sebelum ini selalu membuat dikau terasa,
kekadang merajuk dan barangkali menangis tanpa diketahuiku;
bila setiap kali dikau bertanya tentang keistimewaannya tarikh hari ini
yang seolah dikau lihat aku terlupa… .

Tapi percayalah dikau yang dicintai kerana ALLAH…
Sebenarnya aku sengaja berpura lupa
kerana sering pula setiap hari istimewa dikau ini,
acap kekangan kerja menghalang kita rai bersama…
dan kerana itu bila saja punya kelapangan
tetap jua kita sambut biar lewat manapun… Selamat hari lahir sayangku dari dunia hingga ke Surga…

Aku menyayangi dikau tanpa batas waktu
kerana betapa banyak pun aku menuntut…
Tapi dikau tetap jua menuntun…
Dikau separuh diriku, separuh nafasku, separuh kekuatanku,
dan telah dikau sempurnakan separuh agamamu
dan sudah pula dikau dimuliakan sebagai permaisuri hati…
Doaku moga dikaulah bidadari dunia yang dicemburui bidadari di ‘atas’ sana.

Aku ingin mencintai dikau dengan sederhana

aeril3
Mahu sahaja aku jadi penafsir rindu pada tiap mimpmu!
Aku ingin tetap mencintai dikau dengan sederhana
tapi penuh wangian kasih sayang…
Sudah kita merancang dengan cita-cita
tetapi biar DIA menentukan dengan cintaNya!

Sesungguhnya, dikau tak pernah jauh meski cuma sebersit hati!
sentiasa ada rindu yang bersekutu dengan waktu
buat aku kangen bangat sama kamu sampai makin tegar kasmaran kita..
Selalu ada rindu merasuk rasa.
Aku mau ikhlas, ikhlas menyayangmu…
Tutuplah matamu, cukup aku dan tuhan yang tahu…
MILAD BUATMU ISTERI –
RATU SANUBARIKU …
NUR HAWA ZAINAL ABIDIN!

Custom made Shawl by @secretbywawazainal

Video sweet mereka yang ala ala bollywood!

Sumber : aeril_zafrel

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×