Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan tangkapan skrin (screenshot) kiriman mesej yang didakwa dihantar oleh lelaki yang telah menyerang suaminya, Kamal Adli sehingga cedera parah.
Artikel Berkaitan: ‘Alasan Serang Ada Isu Peribadi, Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: ‘Kamal Ditidurkan, Koyak Berlubang Sangat Dalam Di Kepala’ – Uqasha Senrose
Seksa habis-habisan
Menerusi Instagram Stories, Uqasha memaparkan mesej yang dihantar di WhatsApp yang ditujukan kepada Kamal. Berdasarkan mesej itu, Kamal digelar sebagai anjing serta diancam dengan ugutan bunuh.
Dakwa aktres berumur 31 tahun, lelaki terbabit sudah lama menjadikan Kamal sebagai sasaran.
Jaga pertuturan
Dalam pada itu, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen menegaskan lelaki yang didakwa memukul Kamal bertubi-tubi adalah warganegara Singapura.
Malah, dakwanya, suspek yang menggunakan cota besi sebagai senjata itu berada dalam keadaan waras. Bagaimanapun, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa tidak menganggap semua rakyat Singapura itu jahat.
Uqasha yang masih berada dalam keadaan trauma memohon agar netizen menjaga penulisan dengan tidak meninggalkan komen yang bodoh.
Pada malam Ahad, Uqasha memaklumkan Kamal sedang menerima rawatan di Hospital Besar Changi (CGH) Singapura selepas mengalami kecederaan parah ekoran diserang menggunakan cota.
Sumber: Instagram