Selepas bertubi-tubi diserang lelaki tidak dikenali, pelakon Uqasha Senrose memaklumkan keadaan terkini aktor Kamal Adli yang telah dimasukkan ke Hospital Besar Changi (CGH) di Singapura.
Artikel Berkaitan: Diserang Guna Chota Sampai Kepala Bocor, Kamal Adli Jalani Pembedahan Di Hospital Singapura
Artikel Berkaitan: ‘Alasan Serang Ada Isu Peribadi, Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya’ – Uqasha Senrose
‘Major operation’
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Uqasha menyatakan Kamal terpaksa ditidurkan untuk menjalani pembedahan. Kata aktres berumur 31 tahun ini, Kamal mengalami kecederaan parah apabila bahagian kepalanya koyak berlubang sangat dalam.
Sebelum rasa sakit
Sementara itu, di entri berbeza, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen memuat naik keadaan kepala Kamal yang sudah dibalut.
Cerita pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Kamal masih boleh tersenyum malah sempat memegang erat tangannya sebelum menjadi lemah.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram (IG), memaparkan dirinya sedang menangis di hospital di samping memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
Sumber: Instagram