berita

Aku Minta Budak Itu Mati, Bukan Kau – Belum Sedia Ada Anak, Suami Paksa Gugur

November 23rd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

infoibuhamilheader

Zaman sekarang ini kahwin muda seolah-olah sudah menjadi satu trend apabila ramai yang menamatkan zaman bujang ketika masih dalam pengajian. Namun, bukan senang nak mengharungi kehidupan berumahtangga pada usia muda jika hanya fikir keseronokan semata-mata.

Wanita ini dipaksa suami untuk menggugurkan kandungan kerana suami masih belum bersedia terima anak dengan alasan baru bekerja. Walau sudah dipujuk berkali-kali suami tetap berdegil. Namun kecekalan wanita ini memang kami salute!

‘Aku minta budak tu je mati, bukan kau sekali’

Saya nikah muda, masa tu umur saya 21, ex husband 25. Bahagia saya cuma 6bulan. Saya diberi 2 pilihan bila dapat keputusan saya mengandung sama ada pilih dia atau pilih anak, saya masih ingat ayat dia ‘aku mintak budak tu je mati, bukan aku suruh kau mati sekali’ sebab masa sebelum nikah kami dah sepakat untuk taknak ada anak lagi sebab saya study final semester dan dia baru keje. Saya buat pilihan untuk pilih anak. Pukul 1 pagi saya dihalau dari rumah. Dari selatan saya bertolak balik utara drive sorang diri dalam keadaan mengandung 3bulan.

Lepas sebulan saya kat kampung saya pergi ke kampung dia dengan family saya untuk pujuk dengan harapan hati dia dah sejuk. Tapi mak mertua saya pesan, jangan masuk bilik dia cakap dari luar je (dia memang anak kesayangan mak dia). Tindakan bekas suami seolah-olah ibu bapa saya datang dari jauh untuk bincang ni umpama mintak sedekah dengan dia. Langsung tak dilayan, tak pandang pon. Hati mana tak sakit tengok ibu bapa sendiri dilayan macam tu.

Masa kandungan 7 bulan cuba pujuk tapi tak dilayan

Lagi sekali masa kandungan masuk 7 bulan saya pujuk dia. Ikhlas saya bagitau masa tu saya tumbuk dia kat kepala sebab dah terlampau tak tahan sakit hati dengan dia siap dimaki. Lepas saya jumpa dia tu saya warded sebab terlampau tekanan, blood pressure saya problem. Masa tu saya terima berita ayah dia meninggal mungkin Allah nak tegur dia macam mana rasa hidup seorang anak yang tiada ayah, tapi sikit pon tak terkesan dalam diri dia.

Start 7bulan tu memang saya minta izin dengan ibu saya nak duduk rumah asing sebab nak bagi ruang untuk diri sendiri. Saya bersalin awal 2minggu, pecah ketuban je saya drive sorg2 pergi hospital then baru call ibu saya kat kampung. Ketuban saya dah pecah tapi ‘jalan’ belum buka, masa tu jantung anak saya dah start lemah akhirnya doktor buat keputusan untuk induce, 17jam saya harung sakit ditemani ibu, dalam hati saya cuma saya dah cuba untuk redha kalau terjadi apa-apa, mampu pujuk diri saja masa tu.

Lahir je anak pintu hati dah tertutup untuk dia

Lahir je anak saya, sesungguhnya saat tu lahh saya tutup pintu hati saya untuk dia. Berbulan saya bagi peluang, berkali saya pujuk tapi dia ego. Mertua saya semestinya sebelahkan bekas suami, dia tetap membela walaupun dia tau anak dia salah. Dalam pantang pernah jahitan saya terbuka, sakit dia memang taktau lahh nak cakap macam mana. Dalam pantang saya pernah pengsan sebab blood pressure saya sekali lagi problem sebab tekanan maki dari bekas suami (dia memang jenis suka psycho). Beberapa bulan lepastu ipar saya bagitau ipar disahkan kena kanser otak dan dia sifatkan ni petunjuk Allah untuk adik dia, sedih saya masa tu, menangis sama2 dengan ipar sebab dia baik dengan saya. Sampai sekarang saya masih baik dengan adik beradik ipar sebab yang salah cuma dia dan ibu mertua sampaikan ipar saya pesan ‘lepasni kalau nak cari, jangan cari mertua yang suka sebelahkan anak’.

Masalah boleh pergi tapi anak tiada ganti

Sekarang Alhamdulillah hidup saya makin bahagia bersama anak. Betul lah janji Allah setiap anak datang ke dunia membawa rezeki. Memang rezeki saya dapat sekarang tak terduga banyak dia. Hidup saya berjalan lancar. Usia 23 tahun saya mampu untuk beli rumah sendiri.
Untuk kahwin lagi sekali sejujurnya saya serik. Saya lebih bahagia hidup dengan anak saya yang pernah sama-sama bersusah dengan saya.
Pesanan saya untuk ibu-ibu, down macam mana pon awak, jaga kesihatan diri dan anak, makan biar cukup khasiat(supplement especially iberet follic), selagi belom bersalin makan aje ape korg nak mkan nanti da pantang da susah nak makan best-best. Utamakan anak jangan ikutkan sedih diri sendiri walau apa pon yang kita lalui. Hati kena kental bebs hehehe
Sampaikan ada kawan-kawan saya cakap saya ni takda masalah ke tak fikir masalah. Jawapan saya cuma 1
‘Masalah aku bukan untuk aku tayang’

Masalah boleh pergi tapi anak tiada ganti

sumber : Info Ibu Hamil

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×