Walaupun isu video ‘berahi’ Faiz Roslan dan rakan-rakannya sudah berlalu, nampaknya masih ramai yang masih tidak puas hati dengan perkara tersebut. Berhubung dengan isu itu, ‘Social Media Influencer’ tersebut telah pun memohon maaf di laman Instagram miliknya. Menurut Faiz, dia kesal dengan perbuatannya itu dah telah pun memadam video di semua medium sosial media termasuk Facebook dan Twitter.
Isu itu turut membuatkan artis terkenal, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa amarahnya di Twitter. Tetapi ramai yang merasakan bahawa kata-kata amaran Sharnaaz buat Faiz terlalu kasar dan keterlaluan. Hebat dikecem netizen, ini respon Sharnaaz mengenai isu tersebut.
Tidak patut, memalukan- netizen
Terdahulu, ramai yang tidak setuju dengan ‘amaran’ diberikan Sharnaaz Ahmad kerana ia seolah-olah mengundang isu siber buli. Tambah mereka, memukul atau mengasari seseorang tidak akan menyelesaikan masalah. Berhubung dengan isu itu, ini jawapan balas pelakon itu.
‘Aku rasa dia dah sedah lah kot..’
‘Without laws, we are animals..’
Sumber: Twitter Sharnaaz Ahmad
Save