berita

‘Aku Naik Buat Inspection, Seram Sejuk Tengok!’ – Keadaan Sebenar Replika Buku DBP Yang Nak Dirobohkan

August 10th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa mercu tanda pada bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal dirobohkan ekoran struktur replika tersebut berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Menerusi Twitter Amirul Razdi, lelaki tersebut berkongsi foto keadaan sebenar struktur buku rehal di atas bangunan itu selepas dirinya melakukan inspection baru-baru ini.

Tunggu masa nak roboh

Menurut Amirul, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pernah meletakkan tension cable supaya struktur bangunan tersebut bertahan namun keadaan cable tersebut telah menjadi tegang dan bahaya. Langkah yang terbaik supaya tidak wujudnya sebarang kejadian yang tidak diingini ialah membuangkan kesemua mercu tanda itu.

Foto keadaan sebenar

Penularan surat di media sosial

Terdahulu, satu surat mengenai kelulusan projek bagi merobohkan replika yang melambangkan DBP itu tular di media sosial dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai pihak yang mempersoalkan serta mengecam tindakan tersebut dan beranggapan bahawa replika itu perlu dikekalkan sebagai simbolik DBP.

Namun, pihak DBP telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab segala persoalan dan memaklumkan tentang alasan perobohan replika tersebut. Menurut pihak DBP, kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

Sumber: Amirul Razdi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×