Kemelut rumah tangga pelawak dan pengacara kontroversi iaitu Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui noktah. Malah sebelum ini juga, Sera pernah memuat naik satu video di media sosial memaparkan anak perempuannya yang meluahkan rasa rindu terhadap bapanya, Shuk Sahar.
‘Aku lah ibu dan aku lah bapa’
Terbaru, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi satu video di Instagram memaklumkan bahawa dia mahukan yang terbaik buat anak-anaknya meskipun apa yang dilakukannya selama ini disalah tafsir oleh netizen. Jelas Rossa Sera lagi, dia sangat berharap agar anak-anaknya mendapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya.
Selama ini orang cakap aku meroyan, tak move on, tak terima takdir. Tapi orang tak tahu aku buat semua ini untuk anak-anak. Aku cuma nak mereka dapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya.
Pengorbanan aku selama ini hanya seorang diri. Aku lah ibu dan aku lah bapa. Aku hanya harapkan kesedaran itu wujud buat dia.
Sementara di ruangan komen, ada di antara rakan artis dan netizen memberi kata-kata semangat buat Sera agar sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Mereka turut menitipkan doa agar segala urusan Sera dipermudahkan selain dapat menemui kebahagiaan kelak.
Sebelum ini, Rossa Sera mendedahkan bahawa dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Video
View this post on Instagram
Komen netizen
Sumber: Rossa Sera