Baru-baru ini kami ada berkongsi kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Twitter mengenai misteri lagu nyanyian Alda Risma, Menanti Kekasih. Menerusi perkongsian itu, pengurus penyanyi dari Indonesia itu juga tidak tahu bagaimana lagu itu direkod dan dari mana wujudnya lagu ini.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kisah Seram & Misteri Disebalik Lagu ‘Menanti Kekasih’. Dengar Cerita Ramai Kena ‘Kacau’.. Seram Oi!
Tular mengenai misteri lagu ‘Menanti Kekasih’, seorang gadis telah menceritakan pengalamannya dirasuk gara-gara mendengar lagu ini di kawasan terbengkalai di Jalan Datai, Langkawi. Menurut orang ramai kawasan itu memang ‘keras’.
‘Hilang diri sendiri’ kerana lagu Menanti Kekasih
Gadis dikenali sebagai Dinie, menceritakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan mengenai lagu ‘Menanti kekasih’. Tahun lepas, Dinie bersama adik perempuannya dan dua rakan lelaki telah ke Jalan Datai, Langkawi. Menurut penduduk di sana, kawasan tersebut sangat sunyi dan jarang menjadi laluan orang ramai. Baca thread di bawah untuk kisah yang lebih seram.
Sedang explore di kawasan sunyi itu, bermula lah..
Gadis ini ada kebolehan untuk ‘nampak’ entiti..
‘Hang cakap dengan siapa kak?’
‘AKU NAK DIA MATI MACAM MANA AKU MATI!’
‘Jangan bawak main dengan benda macam ni..’
Sumber: Twitter @bydinie