Memandangkan isu cinta lokasi di antara pelakon sedang hangat diperkatakan di media sosial, pengarah, Michael Ang bakal meminta pelakon di bawah arahannya untuk menandatangani kontrak tidak akan bercinta di set penggambaran selepas ini.
Suruh berlakon bukan bercinta
Menurut Michael, mulai hari ini semua pelakon lelaki dan perempuan di dalam set penggambarannya perlu menandatangani kontrak tersebut.
Stress aku nak melayan reporter tercall-call. Lepas tu cakap nak marketing la apa la. Yang bercinta, berskandal tu dia orang bukan aku! Stress aku shut down saja la hari ni.
Tambah Michael, dia berasa stress apabila perlu menjawab soalan wartawan mengenai isu tersebut.
Aku suruh berlakon bukan bercinta!
Sebagai pengarah, Michael turut berkata bukan salahnya sekiranya pelakon tersebut bercinta di lokasi penggambaran.
Aku ajar berlakon bukan suruh buat betul betul!
Sumber: Michael Ang