Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan netizen susulan dakwaan memukul pembantu peribadinya.
Berikutan daripada itu, Uqasha telah tampil mendedahkan perangai sebenar pembantu peribadinya.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose ‘Buka’ Perangai Sebenar Pembantu Peribadi, Dakwa Pernah Pakai Baju Tidur & Masuk Bilik Sesuka Hati
Artikel Berkaitan: Laporan Polis Dakwa Artis Wanita Popular Pukul Pembantu Peribadi Tular, Sepupu Turut Terlibat?
Artikel Berkaitan: Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Dakwa Dicederakan, Diugut Lepas Dituduh Campur Hal Rumah Tangga Majikan
Terbaru, Uqasha berkata, dia tidak pernah ‘claim’ dirinya seorang yang baik dan lembut.
Itu pandangan korang
Menurut isteri kepada aktor Kamal Adli ini, dia hanya baik dengan orang yang baik dengan dirinya sahaja.
Saya tak pernah claim diri saya baik, lembut, pijak semut tak mati ke apa, itu pandangan korang dekat saya. Saya baik dengan orang yang baik dengan saya, orang buat jahat dengan saya pun saya boleh diam lagi. Tapi sampai fitnah saya kaki pukul penumbuk semua itu, saya rasa dah melampau.
Saya pun boleh reka dan buat apa-apa yang saya mahu sekarang ini. Tapi keluar sekali dengan bukti. Mungkin dengan gambar atau pergi terus buat laporan polis. Bukan selepas tujuh hari baru nak buat laporan.
Terdahulu, Uqasha memberitahu dia tidak pernah kisah sekiranya pembantunya itu hendak keluar masuk dari rumahnya. Bahkan, gaji setiap bulan tetap diberikan meskipun, tiada penggambaran yang berlangsung pada bulan tersebut.
Dakwa Uqasha, pembantunya itu suka bercakap buruk mengenai majikan lamanya. Ujar Uqasha lagi, dia pernah terlintas bahawa pembantu peribadinya itu akan membuka aibnya suatu hari nanti.
Lebih teruk, Uqasha mendakwa pembantu peribadinya itu pernah masuk ke dalam bilik tidurnya tanpa kebenaran dan mengetahui di mana tempat penyimpanan wang.
Di akhir posting, Uqasha memberitahu dia sedaya upaya tidak mahu membuka aib orang dan mahu menyelesaikannya secara baik.
Sumber: Uqasha Senrose