berita

‘Aku Terlalu Penat Otak, Penat Hati’ – Instafamous 14 Tahun Lari Rumah, Ibu Luah Rasa Geram

July 27th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila anak yang masih bersekolah sanggup lari dari rumah demi kepuasan diri. Di Facebook, seorang wanita mengamuk gara-gara tidak tahan dengan sikap anak yang terlalu bebas. Anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun didakwa sering membuat onar dan lari ke rumah menyebabkan dia alami tekanan perasaan. Kesian betul baca status ibunya..

Anak 14 tahun lari rumah

Otak aku dah penat. Aku hairan followers dia. Bo** nak m*mp**. Dia bukan siapa-siapa, yang korang pergi follow dia dah kenapa? Satu Instagram dia jual RM450.

Aku penat la umur baru 14 tahun, kau bawah jagaan aku kakak. Jangan bagi aku hilang kawalan. Aku hampir tak kenal mana baik mana buruk.

Wanita ini meluahkan rasa geram, kecewa dan marah apabila anak perempuan yang dipercayai merupakan seorang instafamous lari dari rumah. Malah dia turut bengang dengan segelintir individu yang mengikuti anaknya di laman Instagram sehingga menyebabkan remaja berkenaan mempunyai duit poket sendiri.

Tambah ibu kepada remaja terbabit, dia turut berharap agar kerajaan kuat kuasa peraturan baru tidak membenarkan penumpang bawah umur untuk bebas menggunakan kenderaan awam.

Ibu terlalu stress

Aku bising sebab taknak kau jadi se***. Takde nya ibu saja nak mengamuk tanpa sebab. Tengah malam cari kau kat tasik. Aku berlembut kau pijak kepala aku sampai tak tahu nak kata apa dah. Kau buat aku sakit otak. Terlalu lama aku pendam kakak.

Orang kata aku tak bagi kasih sayang, kau nak aku dodoikan kau ke kakak? Kau nak aku pakai baju nampak pusat ke kakak? Kau nak aku buat apa? Aku penat la cari kau sampai aku melutut pegang kaki kau, merayu dekat kau!

Lebih menyedihkan apabila bekas suami disyaki sering mempertahankan anak mereka yang baru berusia 14 tahun. Ibu ini juga dilihat sangat tertekan menjaga remaja ini yang melampaui batas. Dia turut melahirkan rasa terkilan apabila ramai orang yang menuding jari kearahnya seolah-olah dia tidak pandai jaga anak dan tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada anak perempuannya itu.

Aku jadi tak normal sebab kau!

Beberapa keping status turut dimuat naik di ruangan Facebook Stories miliknya menunjukkan dia terlalu letih dan tertekan sepanjang menjaga anak gadisnya itu. Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan keadaan tertekan wanita ini yang terlalu risaukan anaknya.

Ramai simpati

Sumber : Twitter