berita

‘Aku Yakin IG Dia Kena Hack’ – Niezam Zaidi Respon ‘Penampilan Baru’ Nonny Nadirah

March 27th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, sebuah foto yang dikongsi melalui akaun Instagram pelakon Nonny Nadirah kelihatan berpakaian seksi dan sudah tidak bertudung lagi mencetuskan persoalan dan mengejutkan ramai pihak. Namun bagaimanapun, tuan punya badan tidak lagi memberi sebarang respon berhubung isu ini.

Artikel berkaitan: ‘Saya Belum Bersedia’ – Niezam Zaidi Komen Isu Batal Kahwin Dengann Nonny Nadirah

Artikel berkaitan: Kongsi Foto Tak Butang Baju, Pakai Stokin Jarang. Nonny Nadirah Ubah Penampilan?

Artikel berkaitan: ‘Aku Menggigil Tengok IG Kau!’ – Mila Minta Nonny Nadirah Terus Beristiqomah, Lawan ‘Godaan’

Terbaru, bekas tunang iaitu pelakon Niezam Zaidi juga terkejut dengan berita mengenai Nonny Nadirah itu dan meninggalkan respon kepada perkara ini.

Janganlah cepat buruk sangka

Bekas tunang kepada Nonny Nadirah iaitu Niezam Zaidi menasihati netizen agar tidak terus mengecam dan bersangka buruk tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Tambah Niezam, dia mengakui menerima beberapa mesej yang dihantar di DM Instagram mengenai perubahan bekas tunangnya itu.

Selain itu, Niezam juga kurang percaya foto tersebut dimuat naik oleh Nonny sedangkan akaun Instagram Nonny sudah lama tidak aktif. Kemungkinan juga akaun tersebut sudah digodam oleh seseorang.

Aku tidak percaya sedikit pun kata-kata mereka, kerana aku lebih percaya pada ALLAH. Dan kepada yang kecam, kata bukan-bukan tanpa bukti sahih, berubahlah… kadang tu ujian untuk kita, janganlah cepat buruk sangka, nanti boleh jatuh fitnah, jenuh nak cari dia kat padang yang luas di sana nanti, banyak sangat DM cakap itu cakap ini, Wait a minute.

Mudah kalau kalian tadah tangan dan doa yang terbaik buat insan yang kalian kata itu ini, kita doakan yang baik-baik ok… Lagi satu, dia dah lama tak active IG, aku yakin IG dia kena hack. (Ini gambar last aku dengan dia 8.1.21) Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati NNZ & keluarga, Salam R..

Gambar lama sudah dipadam

Melihat kepada akaun Instagram Nonny, ternyata kesemua perkongsiannya sebelum ini sudah diturunkan. Namun, hanya terdapat satu posting terbaru berbentuk gambar video dikongsikan yang mencetuskan persoalan ramai pihak. Posting tersebut ditutup ruangan komen dan hanya meninggalkan kapsyen ringkas iaitu “It’s good to be back”.

Sumber: Niezam Zaidi

SKIP THIS AD ×