Terdahulu, pelakon Nonny Nadirah memaklumkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam Zaidi terpaksa dibatalkan. Perkara itu pernah dikongsi Nonny melalui IG Story dan meminta agar pengikutnya mendoakan masing-masing ditemukan dengan jodoh yang baik.
Artikel berkaitan: ‘Semoga Bertemu Jodoh Orang Yang Baik-Baik’ – Nonny Nadirah, Niezam Zaidi Tak Jadi Kahwin
Terbaru, Niezam Zaidi menerusi laporan Harian Metro, menafikan punca pembatalan perkahwinan disebabkan Nonny merupakan seorang janda.
Keputusan kedua belah pihak
Difahamkan, majlis perkahwinan antara mereka berdua sepatutnya berlangsung pada hari Isnin lalu sempena hari ulang tahun kelahiran Niezam. Namun bagaimanapun, majlis yang telah dirancang itu terpaksa dibatalkan disebabkan Niezam sendiri belum bersedia untuk mengalas tanggungjawab.
Sebenarnya tidak ada kaitan dengan status dia pun. Seperti dikatakan sebelum ini, mungkin saya belum bersedia untuk menjadi pemimpin yang bagus dalam sebuah keluarga. Selain dari itu memang tidak ada apa-apa pun. Mungkin saya ada masalah dengan diri sendiri. Itu saja…
Pembatalan ini dibuat atas keputusan kedua belah pihak, antara saya dan Nonny. Disebabkan itu tidak jadi. Sepatutnya majlis dibuat pada hari jadi saya tempoh hari.
Doakan yang terbaik
Sebelum ini, Nonny Nadirah memuat naik status ucapan ‘Happy Birthday’ kepada Niezam sebagai tanda sahabat seolah telah memberi bayangan kepada hubungan mereka berdua.
Sekadar makluman, selepas mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami sudah pun dibatalkan. Satu saja kami minta, tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.
Sesungguhnya, kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang. Kepada rakan media, maaf saya tidak dapat nak ‘get’ balik dengan anda semua. Pada masa ini, ‘I reserve my comment’. Harap anda semua faham.
Sumber: Harian Metro