berita

‘Aku Yang Bela, Bukan Kau’ – Alicia Amin

February 22nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Isu berhubung orang Melayu yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan bukan asing lagi. Sebelum ini, pelakon Umie Aida turut memuat naik foto bersama dua ekor anjing untuk memberi kesedaran kepada umum menjaga dan menghormati makhluk ciptaan Tuhan.

Artikel berkaitan: ‘Jangan Seksa Binatang, Hormat Semua Ciptaan Tuhan’ – Umie Aida

Terbaru, model terkenal iaitu Alicia Amin turut berdepan perkara yang sama apabila ada segelintir netizen menegurnya berhubung memelihara haiwan tersebut. Ini kerana ada segelintir masyarakat memandang rendah terhadap orang Melayu yang memelihara anjing.

Tak suka tak payah bela

Alicia Amin menerusi entri di IG Story memuatnaik status meluahkan pendapatnya berkenaan komen dan teguran netizen berhubung anjing peliharaannya. Tambahnya, dia sudah penat dengan komen yang sebegitu rupa diterimanya.

Katanya, anjing juga merupakan haiwan ciptaan Tuhan yang harus dipelihara dengan sebaiknya. Alicia juga meluahkan dia mempunyai hak untuk memuat naik sebarang foto atau video berkaitan haiwan peliharaannya itu di sosial media.

Geram…

Tambahnya lagi, dia menasihati mana-mana orang Melayu yang sayangkan anjing untuk menjaga haiwan tersebut dengan sebaiknya. Selain, dia berasa bengang dengan tindakan segelintir masyarakat yang memandang hina terhadap individu yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.

Sumber: Alicia Amin

SKIP THIS AD ×