Runtuhnya sebuah rumahtangga kerana tiada lagi kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama lain. Akibatnya, hubungan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta musnah walaupun sudah sekian lama bersama.
Kisah kecurangan ini viral di Facebook dan telah mendapat lebih 10 ribu perkongsian sejak semalam. Apa yang memeranjatkan, wanita yang merampas suami orang itu, berani memuat naik video dan foto bersama lelaki tersebut. Wow dahsyatnya!
Katanya tak kenal
Dulu, aku pernah tanya ni nombor siapa. katanya tak kenal. Masa ni hati aku memang dah rasa. Rupanya pasal perempuan ni. Aku tak tahu kau nak pusing cerita macam mana lagi. Lepas tu semalam up kt igstory, dating dekat Genting Highlands. Tenangkan fikiran dengan laki aku. Dalam aku berhati hati, aku kena jugak. Tak ada hati dan perasaan ke buat aku macam ni!
Kau kata bosan dan jemu
So sweet! Aku yang isteri kau pun kau tak penah peluk erat macam tu. Genting pun tak pernah bawa. Ayat yang menghancurkan hati aku hari terakhir aku jumpa kau, kau kata kau bosan jemu dan apa yang kau plan masa awal perkahwinan tak menjadi dan salah satu darinya ialah tak bagi kau anak.
Allah, terduduk aku. Menangis aku depan kau. Tergamaknya kau kata sesuatu yang macam tu kepada isteri yang selama ni bersusah payah dengan kau sejak 10 tahun yg lalu (kawin 4 tahun). Akhirnya ini yang aku dapat selepas aku sayang, kasihkan dan lakukan segalanya untuk kau. Doakan aku, korang. Aku sangat tak kuat.
Dia cabar saya
Dia cabar saya untuk saya viralkan. Saya dah cakap secara baik, itu suami saya. Tapi dia gelakkan saya. Makin banyak dia up gambar dan video di Instagram setiap jam bersama suami saya. Pergi club, check in hotel di Genting dan sebagainya. Lemahnya saya tengok. Saya tak mampu untuk menahan rasa hati ni. Jadi, terimalah.
Selama ni saya dah cuba sedaya upaya saya untuk menjaga aib, menyimpan rasa. Mungkin awak tak faham. tapi saya yang rasa. Doakan urusan saya dipermudahkan esok. Amin dan satu lagi, doakan saya untuk tak bergenang air mata lagi waktu sahur dan berbuka. Terima kasih semua.
Sumber: Facebook