berita

Akui Mental Terganggu Baca Komen, ‘Spider-Man’ Nak Rehat Dari Media Sosial

August 16th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bintang Marvel Tom Hollland mengejutkan ramai peminatnya selepas membuat pengumuman bahawa dia akan berehat daripada media sosial kerana masalah mental yang dialaminya.

Tak tahan baca tentang diri sendiri

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Tom, 26 tahun, mengakui bahawa membaca cerita tentang dirinya di platform tersebut menyebabkan kemudaratan pada kesihatan mentalnya.

Saya mahu berehat dari media sosial kerana masalah kesihatan mental. Saya rasa Instagram dan Twitter terlalu mempengaruhi pemikiran saya, dan apabila membaca tentang diri sendiri ia memberi kesan ke atas kesihatan mental.

Saya mengambil keputusan untuk berundur dan memadam semua aplikasi tersebut.

Bukan itu sahaja, bintang Spider-Man: Homecoming itu juga sempat memberi nasihat kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama agar mendapatkan bantuan.

Terdapat stigma buruk terhadap masalah kesihatan mental, walaupun susah, kita tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan.

Di ruangan komen, warganet dan rakan selebriti termasuk Justin Bieber sempat meninggalkan komen-komen positif dan memberi semangat kepada aktor muda itu.

Sumber: BuzzFeed.News

SKIP THIS AD ×