berita

Akui Tertekan Kena ‘Body Shaming’, Faiz Dickie Kembali Selepas 4 Bulan Tutup IG

October 16th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Mungkin ramai yang sudah mula melupakan selebriti media sosial, Faiz Dickie yang pernah mencetuskan fenomena di laman Instagram. Aksi komik ‘sengal’ lakonannya berjaya menghiburkan ramai orang menerusi watak Mak Leha bunting. Tak hairanlah kalau dia pernah memenangi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) dalam kategori Personaliti Popular kategori online pada tahun 2014.

Terbaru, Faiz atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal kembali muncul selepas 4 bulan ‘deactive’ Instagram. Apa yang menarik perhatian netizen adalah perubahan tubuh badannya yang ketara. Fuh kurus!

Kenapa berhenti dari media sosial?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on

It was never my absolute intention untuk KURUS, tetapi, I did all these for my mental health. Bila sebut pasal mental health, kau akan pikir yang teruk-teruk je macam gila lah, nak bunuh diri lah, depression lah – most of us akan terusss ke sini but for me, mental health jugak termasuk benda-benda subtle yang kau tak nampak sangat. Macam kes abang, Alhamdulillah bukanlah ke tahap depressed (depression is a very heavy word, I don’t want to use it lightly) but memang at one point abang tertekan, menjauhkan diri dari society, rase insecure and hilang keyakinan diri.

All these I believe adalah indication bahawa mental health abang is messed up. I needed to be happy again. Lepas abang pikir, PERSONALLY, benda ni jadi sebab my physical. Abang tak jaga kesihatan, tak bersenam, makan over the limit and natijahnya, I gained weight.

Menurut Faiz, dia mengambil keputusan untuk kurus bukan kerana dikritik netizen. Namun perubahan itu dilakukan selepas ambil kira soal kesihatan mental dan fizikal. Walaupun dia mengalami tekanan yang hebat, dia tetap berusaha untuk kembalikan semula keyakinannya.

4 bulan menghilang turun 25 kg

I was 105KG and it was my heaviest ever. Masa ni abang makin jadi tak happy, bila tak happy abang stress, bila stress abang makan. The cycle continues. Then, muncul plak external factors macam permulaan video. Kutukan dan hinaan dari ntah sapa-sapa pasal saiz badan and fizikal abang. Trust me walaupun ada 10,000 komen yang murni, kau terbaca 1 komen kejam ‘GEMUK MACAM BABI’ – sentap weiii! It affected me so much. In the end, these internal and external factors ni membuatkan abang stress and very-very unhappy.

Tapi, instead of berterusan gini, I decided to do something about it. Family and close friends pulak tak henti-henti bagi sokongan and in 4 months, ALHAMDULILLAH berat abang now 79KG. I’ve lost almost 25KG. Yeayy. And lucky for me, bila berat abang makin turun, saiz badan makin kecik, what increases is my level of confidence and happiness! This I believe is an indication that my mental health is GETTING BETTER! Yeayyy.

Tambahnya, dia akui tidak bahagia dan tertekan dengan kutukan dan hinaan walaupun hanya segelintir yang mengutuk. Berbekalkan semangat dan azam dia berjaya menurunkan berat badan 25KG. Memang hebat!

Sumber : Faiz Dickie

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×