berita

‘Akur Dengan Titah Tuanku’ – Isu Dobi ‘Muslim’ , Pemilik Dobi Tarik Semula Papan Tanda

September 27th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila sebuah kedai dobi menggunakan konsep ‘Mesra Muslim’. Isu itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata beranggapan pemilik dobi itu seorang yang Racist

Sultan Johor juga telah menitahkan supaya kedai dobi itu segera menghentikan amalan diskriminasi atau baginda sendiri akan menutup perniagaannya. Walau bagaimapun, pemilik dobi sudah tampil akur dengan perintah Baginda Sultan.

 Bukan negara Taliban

 

Saya tidak boleh menerima karut ini. Ini adalah Johor, yang dimiliki oleh Bangsa Johor dan ia adalah milik semua kaum dan agama. Ini adalah keadaan yang progresif, moden dan sederhana.

Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, saya mendapati tindakan ini tidak boleh diterima kerana ini adalah sifat ekstremis

Menerusi akhbar The Star, Baginda Sultan turut menitahkan supaya pemilik kedai dobi itu segera meminta maaf kepada rakyat Johor serta menghentikan amalan diskriminasi ini.

Akur titah Tuanku

Saya akur dengan titah tuanku (Sultan Ibrahim) dan sudah menarik semula papan terbabit

Menerusi laporan Harian Metro, pemilik kedai dobi berkenaan sudah menyatakan kesungguhannya itu dengan menarik semula papan berkenaan.

Diharap isu ini sudah selesai dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran. Tidak kira agama apa, kita haruslah saling hormat menghormati. Betul tak?

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×