Al-quran marupakan kalamullah yang mengandungi mukjizat dan kitab yang dikurniakan kepada orang beragama Islam. Salah satu keistimewaan al-quran adalah sebagai satu garis panduan bagi setiap individu. Keistimewaannya itu tidak dapat dipertikaikan apabila terbukti naskhah ini tidak hangus dalam kebakaran.
Terbaru, menerusi Sinar Harian, senaskhah Al-quran ditemukan dalam keadaan baik dan tidak hangus meskipun bas ekspress yang membawa 12 orang penumpang itu musnah dalam kebakaran di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak.
Api marak tapi al-quran tak hangus
Al-quran itu dikatakan masih berkeadaan baik dan tidak hangus kecuali terdapat sedikit kesan terbakar di bahagian kulit hadapan dan belakang nashkah berkenaan.
Menurut pemandu bas berkenaan, Nuzul Hakimi Anuar dan pembantunya Mohd Tarmizi mengatakan al-quran dan surah Yasin itu digunakan ketika mereka berhenti rehat untuk mendirikan solat.
Kalam itu disimpan elok pada papan pemuka bersama surah Yasin. Sepanjang bertugas, naskhah ini akan dibawa bersama ketika berhenti solat.
Namun setelah selesai operasi pemadaman api, dia terkejut melihat kalam Allah itu masih dalam keadaan baik dan tidak dijilat api semasa berlakunya kebakaran itu.
Selepas operasi pemadaman oleh anggota bomba selesai, saya terkejut apabila naskhah ini tidak terjejas sedangkan papan muka bas ini sudah cair.
Lima tong pemadam api digunakan
Ketika kejadian itu, Nuzul turut membantu untuk memadamkan api di bahagian belakang bas menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya kerana api semakin marak.
Kejadian itu disedari apabila saya turun bas dan ternampak asap di bahagian belakang. Kami menggunakan lima tong pemadam api namun tidak berjaya.
Dengan bantuan rakan-rakan pemandu lori dan bas sedia ada, mereka juga dapat selamatkan beg-beg penumpang daripada hangus.
Walau bagaimanapun, pemandu dan kesemua penumpang dikatakan terselamat tanpa melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan.
Sumber: Sinar Harian, Utusan Online