Negara Thailand merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sentiasa menjadi pilihan kaki travel terutamanya rakyat Malaysia. Keunikan dan kepelbagaian jenis makanan merupakan salah satu faktor daya tarikan pelancong ke negara ini. Selain menjadi negara ‘food hunting’, Thailand juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati.
Jom tengok tempat-tempat menarik di Hua Hin, Thailand yang dikongsikan oleh seorang gadis di laman Twitternya!
Ala-ala di Venice
Love Station
Kalau korang nak tahu, Stesen Keretapi Hua Hin adalah salah satu stesen keretapi tertua dekat Thailand yang berkonsepkan seni bina East-meets-West. Untuk kaki instagram, port ni memang sesuai untuk korang!
Plearnwan Market
Bangunan-bangunan yang terdapat Plearnwan Hua Hin ini berkonsepkan vintage dan klasik. Disini juga terdapat banyak koleksi mainan dan juga aksesori vintage yang mampu menarik perhatian setiap pengunjung yang datang.
The Venezia
The Venezia pula merupakan satu taman hiburan yang kelihatan seperti Venice. Pelbagai daya tarikan yang ada disini termasuklah replika bangunan, melawat muzium 3D dan mini zoo. Apa yang paling menarik disini adalah pengunjung berpeluang menaiki gondola ala-ala di Venice. Rugi tau kalau tak cuba!
Santorini Park
Taman Santorini merupakan tempat inspirasi dari Bandar Greece. Rekaan bangunan serta gaya persembahannya bakal membuatkan anda berasa seakan berada di Santorini, Greece. Memang cantik! Banyak spot untuk bergambar di sepanjang laluan pejalan kaki. Bestnya!
Swiss Sheep
Swiss Sheep menawarkan pengalaman yang menarik buat semua pengunjung. Mereka yang datang ke sini berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan yang berada di ladang tersebut. Antara haiwan yang ada di Swiss Sheep adalah kambing biri-biri, ayam, keldai, ikan, swan dan banyak lagi.
Chatsila Night Market
Seperti yang kita tahu, Hua Hin mempunyai banyak pasar malam. Antara pasar malam yang popular di Hua Hin ialah Chatsila Night Market. Disini, merupakan ‘syurga’ makanan buat mereka yang ingin menikmati makanan laut. Banyak lagi makanan best yang boleh korang try dekat sini.
Cha Am Beach
Memang tidak dapat dinafikan, keindahan pemandangan pantai di Thailand ditambah pula langit yang membiru antara yang membuatkan tempat ini wajib dilawati apabila berkunjung ke Hua Hin.
Library Train
Perpustakaan mini yang menggunakan gerabak keretapi ini sememangnya unik. Walaupun secara luaran ianya kelihatan agak uzur tetapi rekaan yang terdapat di dalam gerabak tersebut sangat unik dan menarik. Pengunjung juga boleh membaca buku yang disediakan di dalam perpustakaan tersebut.
Seen Space
Pemandangan yang menarik dan tenang di Seen Space ini boleh dijadikan sebagai port untuk relax dan chill. Disini juga terdapat banyak kafe hipster yang korang boleh cuba. Cantiknya pemandangan dekat sini, boleh dijadikan sebagai port ootd.
Sumber: Liyana Rafiee