Seorang gadis berusia 16 tahun maut akibat darah beku di otak selepas mengambil pil kontraseptif oral untuk mengurangkan senggugut iaitu sakit disebabkan haid.
Mati lepas makan ubat senggugut
Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali sebagai Laya Khan mengambil pil tersebut pada 25 November lalu ekoran sakit yang terlampau disebabkan haid. Namun siapa sangka, beberapa hari kemudian iaitu pada 5 Disember, Layla mula mengalami muntah dan sakit kepala.
Bimbang dengan keadaan tersebut, ibu bapa Layla kemudian membawanya ke klinik dan pegawai kesihatan mengesahkan bahawa Layla hanyalah mengalami kembung perut. Namun, Layla dinasihatkan ke hospital sekiranya keadaannya semakin teruk.
Pada Isnin, dia mula menjerit kesakitan di atas katilnya sebelum rebah di bilik air. Layla kemudian dikejarkan ke hospital namun sepanjang perjalanan, dia tidak memberi sebarang tindak balas.
Layla disahkan mengalami darah beku di otak dan terpaksa dipindahkan ke hospital di Hull untuk menjalani pembedahan. Namun Layla disahkan mati otak dan meninggal dunia.
Sumber: Mail Online