berita

Alami Ketakutan & Menggigil Ketika Temubual, Kesihatan Mental Remy Ishak Belum Pulih

February 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Teraju utama bagi filem baharu Harum Malam, Remy Ishak berkongsi dengan media tentang keadaannya yang mengigil dan gementar semasa sesi temubual.

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Nafi Isteri Sedang Hamil, Mohon Doa Orang Ramai

Artikel Berkaitan: Dikritik Makin Selekeh Lepas Kahwin, Remy Ishak Reda Sudah Tidak Digilai Peminat Seperti Dulu – ‘Saya Bawa Diri Macam Biasa’

Artikel Berkaitan: Banyak Sangat Berlakon Sampai Rasa ‘Lost’, Remy Ishak Nak Rehat Dari Dunia Lakonan

Takut jumpa orang ramai

Remy menyatakan bahawa keadaannya belum pulih sepenuhnya kerana masih berdepan dengan perasaan takut apabila berjumpa dengan orang ramai.

Tambah aktor berumur 41 tahun ini, masalah kesihatan mental yang dialaminya sejak tiga tahun lalu sering mengganggu fokus kerjaya namun dia sedaya upaya mencuba menangani masalah tersebut.

Di lokasi penggambaran pun situasi yang sama terjadi, tapi lakonan adalah jiwa saya. Jadi saya perlu teruskan walaupun memang susah dalam keadaan begini.

Masih mencari punca penyakit

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini juga tidak pasti apakah punca masalah kesihatan mental yang dihadapinya sejak pandemik Covid-19.

Saya masih tak tahu masalah sebenar penyakit yang saya hadapi. Namun, saya perasaan ia semakin mengganggu saya sejak pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Walau bagaimanapun, dia menyatakan bahawa tidak akan membiarkan masalah kesihatan mental yang dihadapinya berlanjutan. Justeru, pada tahun ini dia akan mencuba untuk menumpukan perhatian kepada proses pemulihan diri.

Terdahulu, Remy Ishak atau nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak pernah mendedahkan bahawa dia mengalami kemurungan sekitar tahun 2020 sehingga perlu mendapatkan bantuan doktor.

SKIP THIS AD ×