berita

Remy Ishak Nafi Isteri Sedang Hamil, Mohon Doa Orang Ramai

February 1st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon, Remy Ishak menafikan tentang isu yang tersebar tentang isterinya, Ezza Yusof, yang kini sedang berbadan dua.

Artikel Berkaitan: Dikritik Makin Selekeh Lepas Kahwin, Remy Ishak Reda Sudah Tidak Digilai Peminat Seperti Dulu – ‘Saya Bawa Diri Macam Biasa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wah! Pasangan Ini Bertuah Remy Ishak Jadi Jurugambar, Siap Bagi Arahan ‘Posing’

Artikel Berkaitan: Banyak Sangat Berlakon Sampai Rasa ‘Lost’, Remy Ishak Nak Rehat Dari Dunia Lakonan

Doa-doakan lah

Ketika ditemui Ohbulan!, Remy, 41, meminta doa daripada orang ramai agar dipermudahkan urusan dia dan isteri untuk memiliki cahaya mata.

Belum lagi. Doa-doakanlah.

Remy berkata demikian ketika tayangan perdana filem, Harum Malam di GSC Starling Mall, pada Isnin.

Filem seram pertama tahun ini

Sementara itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak mengakui teruja bekerjasama dengan pengarah filem tersohor, Dain Said.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu berharap agar Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) bersikap lebih terbuka kepada filem tempatan bagi melahirkan sesebuah karya.

Ini kerana filem ‘Harum Malam’ difahamkan mempunyai 14 babak yang terpaksa dikaburkan dan disenyapkan dialog bagi menepati ciri-ciri P13.

Agak tidak adil. Satu kebenaran yang sedih dalam industri perfileman Malaysia. Remaja bawah 18 tahun pun dah boleh tonton bermacam jenis cerita di platform dalam talian (online). 

Katanya lagi, penonton sudah dapat membezakan mana yang baik atau buruk.

Selain Remy, filem ‘Harum Malam’ dibintangi oleh Bront Palarae, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ng, Joey Daud dan Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar iaitu Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra. 

Filem ‘Harum Malam’ akan mula ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Februari 2023.

SKIP THIS AD ×