berita

Alami Masalah Kemurungan Yang Sangat Teruk, Ibu Bunuh Anak Hidap ‘Autism’

January 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang wanita mengaku mencekik anaknya yang mengalami pelbagai kecacatan teruk sejak lahir. Menerusi laporan BBC News, mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Dylan Freeman itu ditemui di Acton, Londan pada 16 Ogos lalu.

Span dalam mulut

Menurut laporan tersebut, ibu mangsa yang dikenali sebagai Olga Freeman, mengaku bersalah sebaik sahaja mahkamah membaca pertuduhan membunuh itu. Selain mencekik, wanita tersebut turut membawa masuk span ke dalam mulut anaknya. Olga turut mengakui bahawa dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.

Menerusi laporan tiga psikiatri kes tersebut, Olga dipercayai mempunyai masalah kemurungan yang sangat teruk termasuk gejala psikotik pada masa pembunuhan berlaku. Jelas psikiatri itu lagi, Dylan seorang kanak-kanak yang menghidap autism dan sindrom Cohem. Sindrom tersebut dikaitkan dengan kelainan yang terdapat di bahagian badannya dan kesukaran yang ketara untuk berkomunikasi.

Kematian sungguh tragis

Seminggu sebelum melakukan pembunuhan, Olga sering bercakap mengenai hendak menyelamatkan dunia. Malah, dia seakan bersedia untuk menerima hukuman pada 11 Februari nanti. Menurut penyiasat kes tersebut, Kristen Katsouris, kematian Dylan sungguh tragis. Ini kerana, Olga terlalu sayang dan mencintai anaknya sejak bertahun-tahun yang lalu.

Tambahnya, walaupun anak kecil itu menghidap pelbagai masalah kesihatan, Olga masih menyediakan keperluan khas anaknya. Namun, semasa kejadian kesihatan mentalnya telah merosot dan menyebabkan hatinya bertindak sedemikian. Hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat Dylan, saluran udaranya dipercayai telah tersumbat ekoran pembunuhan itu.

Sumber: BBC News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×