berita

Alami Pendarahan Di Rahim, Almy Nadia Keguguran Saat Usia Janin Cecah 4 Minggu

May 29th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Almy Nadia dipercayai keguguran setelah mengalami pendarahan pada rahim. Usia kandungan isteri kepada Dato Fizz Fairuz itu telah mencecah empat minggu. Pendarahan tersebut berlaku dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika di rumahnya.

Kami doa yang baik-baik

https://www.instagram.com/p/CAuVZXNp4ll/

Terbaru, menerusi laman Instagram Fizz Fairuz sendiri memuatnaik video menyaksikan isterinya itu di bawa masuk ke bilik pembedahan. Fizz Fairuz memaklumkan terdapat darah beku pada rahim isterinya yang kelihatan seperti ulser. Malah, saiz tersebut membesar satu sentimeter setiap hari.

Almy Nadia kelihatan lemah dan pucat kerana kehilangan banyak darah. Doktor menasihati supaya segera melakukan pembedahan buang darah beku dan cuci rahim. Pendarahan tersebut berlaku kemungkinan besar di kantung bayi.

Semoga kembali sembuh

https://www.instagram.com/p/CAvN39kF-mC/

Sementara itu, influencer dari Indonesia yang dikenali sebagai Mimi Peri turut memuatnaik video mendoakan kesembuhan Almy Nadia. Hubungan Mimi Peri dan keluarga Fizz Fairuz sememangnya mulai rapat sejak Instagram Live bersama pada bulan Ramadan tempoh hari. Dia juga meminta pengikut Instagram mendoakan kesejahteraan Almy Nadia dan Fizz Fairuz sekeluarga.

Sumber: Fizz Fairuz, Mimi Peri

SKIP THIS AD ×