
Keratosis pilaris atau lebih dikenali sebagai penyakit kulit ayam merupakan masalah kulit yang lazim dialami, khususnya dalam kalangan remaja.
Artikel Berkaitan: Asam Jawa Bukan Sekadar Bahan Masakan, Ini Khasiatnya Untuk Kesihatan
Artikel Berkaitan: Tertekan & Cepat Marah? Kajian Dedah Saffron Mampu Stabilkan Emosi & Cegah Alzheimer
Bukan penyakit berjangkit

Terdapat tanggapan bahawa masalah kulit ini berpunca daripada pengambilan kulit ayam, namun perkara tersebut adalah tidak benar.
Keratosis pilaris terjadi apabila penghasilan keratin pada kulit secara berlebihan sehingga liang roma tersumbat.
Secara semula jadi, ianya adalah sejenis protein penting yang bertindak sebagai lapisan perlindungan kulit daripada ancaman luaran termasuk kuman serta jangkitan dan ianya sentiasa diperbaharui melalui proses penggantian sel.
Bagi mereka yang mengalami masalah ini, tidak perlu berasa cemas kerana keratosis pilaris bukanlah penyakit berbahaya dan tidak menular terhadap individu lain.
Keratosis pilaris boleh dikenal pasti melalui beberapa tanda fizikal pada kulit. Biasanya, ia muncul sebagai bintik-bintik kecil menyerupai bertekstur kulit ayam tetapi tidak menimbulkan sebarang kesakitan.
Bahagian tubuh yang terjejas sering terasa kering serta kasar, dan masalah ini cenderung menjadi lebih ketara ketika cuaca panas.
Sesetengah individu mungkin akan berasa sedikit gatal, manakala warna bintik yang timbul akan berbeza-beza daripada rona merah jambu, kemerahan dan coklat, ianya bergantung kepada tona kulit masing-masing. Masalah ini lazimnya menjejaskan bahagian lengan, paha, pipi, serta telapak tangan atau kaki.
Dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin A boleh mengurangkan masalah keratosis pilaris. Nutrien dalam makanan tertentu dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit dan melembutkan kawasan yang kasar.
Antara makanan yang tinggi dengan vitamin A, adalah seperti brokoli, bayam, tuna, keledek, limau gedang merah jambu, lobak merah, dan lada benggala. Pengambilannya secara konsisten, kulit akan berpotensi menjadi lebih sihat dan licin.
Sumber: Buzz Kini








