
Asam jawa atau nama saintifiknya Tamarindus indica ialah sejenis tumbuhan tropika yang telah lama digunakan sebagai bahan masakan dan juga dalam perubatan tradisional.
Artikel Berkaitan: Roti Wholemeal, Pilihan Bijak Untuk Diet & Kesihatan Tubuh
Artikel Berkaitan: Tertekan & Cepat Marah? Kajian Dedah Saffron Mampu Stabilkan Emosi & Cegah Alzheimer
Menyokong kesihatan dalaman secara semula jadi

Sejak berabad-abad lalu, asam jawa digunakan untuk membantu melegakan masalah pencernaan, menurunkan suhu badan, merawat demam, serta menyokong kesihatan dalaman secara semula jadi.
Kandungan sebatian bioaktif, asid organik, vitamin dan mineral menjadikan asam jawa antara ramuan herba yang bernilai dalam amalan kesihatan tradisional.
Salah satu khasiat utama asam jawa ialah dapat membantu mengekalkan kesihatan jantung. Ianya mengandungi pelbagai sebatian antioksidan, termasuk flavonoid dan polifenol, yang berfungsi melindungi salur darah serta membantu menstabilkan paras lemak.
Hasil penyelidikan makmal menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak asam jawa mampu menyumbang kepada pengurangan kolestrol yang berbahaya serta trigliserida, sekali gus berpotensi mengurangkan risiko masalah kardiovaskular.
Selain memberi manfaat kepada kesihatan dalaman, asam jawa juga berpotensi menyokong kesihatan mata.
Ekstrak biji asam jawa sering dimanfaatkan dalam pembuatan titisan mata kerana kemampuannya membantu mengekalkan kelembapan dan melindungi permukaan mata daripada kekeringan.
Kandungan sebatian semula jadi dalam biji asam jawa didapati mempunyai ciri hampir menyerupai mucin, iaitu lapisan pelindung penting yang berfungsi melindungi mata daripada kekeringan dan iritasi.
Dalam perubatan tradisional, asam jawa juga sering digunakan bagi membantu mengatasi gangguan pencernaan.
Air rendaman asam jawa dipercayai dapat merangsang pergerakan usus secara lembut, sekali gus memudahkan proses pembuangan najis.
Kesan ini menjadikannya antara pilihan semula jadi bagi individu yang berdepan dengan masalah sembelit serta membantu mengekalkan kelancaran sistem penghadaman secara keseluruhan.
Asam jawa turut berperanan dalam membantu melindungi tubuh daripada ancaman mikroorganisma. Ini kerana ia mengandungi sebatian bioaktif seperti lupeol yang diketahui mempunyai aktiviti melawan bakteria.
Selain itu, sifat antikulatnya juga berpotensi membantu menguatkan pertahanan semula jadi badan, terutamanya dalam menghadapi jangkitan ringan yang lazim berlaku.
Sumber: E Central








