Tak dapat digambarkan perasaan seorang suami apabila menemui isterinya tidak bernyawa di dalam kereta. Kejadian yang berlaku di tempat letak kereta Hospital Umum Sarawak (HUS), di Kuching pada hari Isnin lalu menimbulkan persoalan ramai pihak sebelum menemui nota luahan tekanan perasaan dalam beg tangan mangsa. Sedihnya..
Terpaksa pecahkan cermin kereta
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, suami mangsa bertindak memecahkan cermin kereta selepas isterinya yang terbaring di dalam kereta tidak memberi maklum balas apabila dipanggil.
Selepas berjaya memecahkan cermin kereta, lelaki terbabit terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis.
Wanita itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan HUS yang hadir di tempat kejadian.
Dua keping nota tulisan cina
Dalam pada itu, lelaki terbabit menemui kereta digunakan isterinya di tempat letak kereta sebelum menemuinya dia meninggal dunia dalam kereta.
Siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumahnya pada Ahad lalu. Mangsa dan suaminya sudah berkahwin lebih 20 tahun dan mempunyai dua anak.
Pemeriksaan di lokasi menjumpai dua keping nota tulisan tangan berbahasa Cina di dalam beg tangan mangsa.
Apa lebih menyedihkan mangsa dipercayai sudah meninggal lebih 24 jam, namun tiada sebarang tanda yang mencurigakan pada badan mangsa dan pereputan awal berlaku.
Hasil terjemahan oleh suami dan anaknya, nota itu lebih kepada luahan perasaan berkenaan masalah yang dihadapi serta tekanan dalam kehidupan
Mayat mangsa dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber : Harian Metro