berita

‘Aleesya Memanggil Bella Bonti’- Erra Fazira

September 12th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Untuk terima kehadiran seseorang baru dalam hidup bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perkara ini juga diakui sendiri oleh Engku Emran apabila saat yang sukar ialah apabila ingin menjelaskan mengapa dia perlukan seseorang untuk menjaganya.

Selain Aleesya, kehadiran Bella juga diterima oleh Erra Fazira malah dia rasa bersyukur kerana anak perempuannya juga gembira dapat lagi seorang wanita untuk mewarnai hidupnya.

‘Kebahagiaan anak kami perlu didahulukan..’

Erra Fazira bersyukur bekas suami telah bertemu jodoh dengan aktres Indonesia Bella. Selain itu dia dan bekas suami mengutamakan soal perasaan dan kebahagiaan anak mereka, Engku Aleesya

 

Benar, fokus utama dalam soal hati saya dan bekas suami ialah mengenai perasaan anak kami. Itu yang paling utama. Kebahagiaan anak kami perlu didahulukan.

Selama ini, saya mendoakan Emran akan mendapat calon isteri yang baik. Alhamdulillah, semua itu bagaikan dipermudahkan dengan kehadiran Bella (Laudya Cynthia Bella).

Insya-Allah, Aleesya juga menyenangi Bella. Malah, setiap kali kedatangan Bella ke Kuala Lumpur, Aleesya teruja bertemunya. Ketika itu, Aleesya memanggilnya ‘Bonti’ (singkatan bonda Aunty).

Tambah Erra, dia juga bersyukur kerana Aleesya menerima baik dengan kehadiran Bella dalam hidupnya.

Saya tak mahu ada jurang antaranya dengan Bella. Biar anak saya ada sebuah keluarga yang lengkap.

Sumber: Twitter Berita Harian Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×