Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) tahun ini bukan saja bakal dimeriahkan dengan barisan finalis hebat tetapi turut diserikan dengan kehadiran Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama.
Acara yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu nanti mengangkat tema ‘Dimensi Muzik’ dan turut mempertaruhkan sebuah kategori baharu iaitu ‘Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja’.
Mahu finalis tampil lebih memukau dengan Alha Alfa Cosmetics
Datuk Alha Alfa atau nama sebenarnya Datuk Seri Abdul Al Halim Al Fadzil dalam satu temu bual eksklusif bersama OHBULAN! mengatakan beliau melihat AJL 37 sebagai satu platform yang baik untuk beliau menunjukkan sokongan buat barisan selebriti tanah air.
“Biasanya menerusi AJL sebelum ini, perhatian kita lebih tertumpu ke arah fesyen yang diketengahkan tetapi untuk tahun ini kita nak hasil gabungan tema bersama solekan nanti meninggalkan kesan yang lebih memukau”
Tambahnya lagi, beliau melihat tema ‘Dimensi Muzik’ sebagai sesuatu yang bakal mencabar kreativiti. Namun, beliau yakin mampu untuk mempamerkan sebuah visual solekan dengan standard baharu nanti.
Bila ditanya soal kelainan yang ingin ditampilkan menerusi AJL 37, katanya beliau telah memperkenalkan sebuah kategori khas ‘Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja’ yang membolehkan netizen untuk memilih pemenang kategori ini nanti menerusi TikTok @alhaalfaofficial.
“Saya ingin membuka satu ruang melalui laman TikTok saya yang membolehkan netizen untuk memberi pendapat dan mengundi persembahan kegemaran mereka pada malam tersebut.
Pada malam itu nanti juga kami bakal mengadakan sesi jualan secara live untuk Set Dimensi yang dikeluarkan istimewa bersempena AJL 37″
Set Dimensi hadir dengan serum kolagen yang mengandungi foundation serta lip booster. Ianya boleh didapati dengan harga RM59.90 sahaja berbanding harga asal RM79.90 jika dibeli menerusi Tiktok live @alhaalfaofficial.
Set Dimensi dihasilkan khusus untuk mereka yang mahu tampil lebih natural tanpa solekan tebal serta merawat kulit agar kekal sihat.
Hadiah lumayan sehingga RM200,000 menanti pembeli bertuah!
Setiap pembelian produk Alha Alfa Cosmetics bermula malam 12 Februari sehingga 3 Mac 2022 nanti berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM200,000 merangkumi sebuah kereta mewah, motor, Iphone, Ipad, wang tunai dan banyak lagi!
Jadi kalau korang ada shopping barang-barang Alha Alfa sepanjang tempoh itu jangan buang resit tau! Mana tahu kalau ada rezeki nak menang cabutan bertuah yang bakal diumumkan secara lansung di Tiktok @alhaalfaofficial.
Alha Alfa Cosmetics bakal lebar sayap ke Indonesia dan Dubai
Melalui temu bual yang sama, Alha sempat berkongsi akan perancangan beliau untuk melebarkan sayap perniagaannya ke Indonesia dan Dubai.
“Di Indonesia kami sudah mempunyai HQ kami sendiri, tak lama lagi kami menyasarkan untuk tembusi pasaran Dubai pula”
Tambahnya lagi, Alha Alfa Cosmetics baru sahaja mendapat pensijilan francais jadi beliau juga fokus untuk mengembangkan perniagaan di sini dengan merancang untuk membuka sekurang-kurangnya lagi 20 cawangan baru untuk stokisnya.
Buat masa ini, Alha Alfa Cosmetics mempunyai 6 cawangan kedai fizikal yang boleh korang kunjungi di IOI City Mall, Jakel Mall, Bangi Sentral, Setapak Sentral dan Pavilion, Bukit Jalil
Siapa agaknya finalis kegemaran Alha?
“Susah untuk saya pilih kerana mereka yang bakal beraksi di atas pentas nanti adalah teman-teman saya sendiri, tapi pada saya finalis kali ini semuanya bervokal mantap dan hebat-hebat belaka” – Alha
AJL 37 bakal disiarkan secara langsung di TV3 pada jam 9 malam, 12 Februari nanti.
Acara penuh gilang-gemilang ini mempertaruhkan finalis hebat seperti Aina Abdul, Alif Satar, Ernie Zakri, Marsha Milan, Iman Troye, Shiha Zikir, Khai Bahar, Naim Daniel, Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, Liza Hanim, Shila Amzah, Joe Flizzow, SonaOne, Noki dan Mk.