Ibu kepada selebriti Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil, meminta pengikutnya di Tiktok supaya membuat laporan membabitkan pemilik akaun palsu @sitihyjdxs6 yang menyamar sebagai dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Teruskanlah Dengan Fitnah-Fitnah Selagi Anda Boleh & Mampu’- Ibu Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Minta Bella Serahkan Salah Seorang Cucu Supaya Adil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fitnah Ibu Aliff Aziz, Wanita Tampil Mohon Maaf – ‘Benda Tu Bukan Original Daripada Saya, Peace No War’
Nak jadi saya
Menurut Fiza, akaun TikTok tersebut bukan miliknya dan ia dibuat oleh individu yang tidak dikenali.
Alhamdulillah ada juga orang nak jadi saya. Jadi ini akaun TikTok palsu yang dibuat oleh hamba Allah yang terlalu free. Tolong buat report. Terima kasih.
Terdahulu, terdapat satu kenyataan palsu dan berbaur fitnah telah dimuat naik di platform media sosial berhubung Fiza.
‘Ramai yang sokong Bella, korang dapat duit ke dari Bella tu? Ingat Bella cantik sangat ke? Korang sokong betul.’ – Siti Hafiza Aliff Aziz.
Tidak berdiam diri, ibu kepada aktor berusia 33 tahun itu tampil mempertahankan diri dan yakin tidak semua individu akan mudah percaya akan kenyataan tersebut.
Alhamdulillah, teruskanlah dengan difitnah-fitnah selagi anda boleh dan mampu.
Bagi yang waras pemikiran, sudah pasti dapat membezakan yang benar atau pun fitnah.
Dalam masa yang sama, Hafiza juga menegaskan bahawa ketika ini dia dan keluarganya lebih mengutamakan kehidupan mereka selain menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Kami sudah lama ‘move on with our lives’ dan lebih mengutamakan kehidupan kami dari mengambil tahu tentang orang lain.
Insya-Allah, Allah akan uruskan selebihnya. Amin.
Sumber: Hafiza