berita

‘Alhamdulillah Dah Selesai Urusan Faraid. Pihak Sana Pun Akan Dapat Bahagian’- Hidayah

September 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu dikatakan mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, pihak peguam isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah memaklumkan saman itu hanyalah saman sivil mengikut prosedur.

Artikel Berkaitan : Kenyataan Ali Puteh Berunsur Fitnah, Balu Abam Nafi Saman Ibu Mertua

Terbaru, konflik yang berlaku dalam keluarga mereka akhirnya selesai selepas pihak mahkamah telah menetapkan pembahagian faraid berdasarkan hukum syarak.

Pihak mertua tidak hadir

Isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu. Menurut Hidayah, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.

Alhamdulillah dah selesai urusan faraid. Pihak sana (mak mentua) pun akan dapat bahagian mengikut hukum. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Mengenai soal berapa banyak duit peninggalan arwah, saya tak boleh kongsikan. Ia terlalu peribadi.

Namun, apa sahaja yang ditinggalkan arwah adalah termasuk rumah, kereta, semua duit dan barang peribadi iaitu kereta, jam tangan, kasut dan kamera. Walaupun pihak sana tak hadir tetapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab sudah ditetapkan bahagian. Selepas ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.

Menurut Hidayah, dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah dalam urusan faraid. Walaupun pihak mertua tidak hadir, namun proses mahkamah tetap berjalan seperti biasa.

Kereta tak kena tarik

Dalam pada itu, Hidayah turut menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ali Puteh mengenai kereta milik arwah suaminya sudah ditarik. Berkenaan isu wang RM10,000 yang dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut.

Kereta kena tarik tak benar, kereta masih ada. Tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga. Apa saya boleh katakan RM10,000 memang saya ambil tetapi saya masukkan dalam akaun anak. Tak guna satu sen pun.

Dalam masa yang sama, Hidayah menyatakan mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan berhubung tuntutan hadanah. Ini berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.

Sumber : Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×