berita

Alhamdulillah! Dr Zulkifli Sembuh Covid-19

October 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad A-Bakri mengesahkan bahawa beliau sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Sah Positif Covid-19

Terbaru, Dr Zulkifli menerusi status Facebooknya, menyatakan beliau sudah dibenarkan untuk keluar dari wad dah disahkan sembuh.

Telah sembuh

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang mendoakannya sepanjang berada di hospital terutamanya warga Hospital Tunku Ja’afar, Seremban yang banyak membantu.

Dr Zulkifli juga disarankan oleh pihak doktor untuk berehat dan tidak berjumpa dengan sesiapa pada waktu ini demi memastikan beliau mendapat rehat yang secukupnya. Beliau turut mendoakan pesakit Covid-19 segera sembuh dan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sumber: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

SKIP THIS AD ×