Pendakwah bebas yang juga selebriti, PU Riz, tumpang gembira dengan pelantikan isteri tercinta, Neelofa sebagai duta jenama antarabangsa bagi stroller dan kerusi kereta kanak-kanak, Hamilton.
Artikel Berkaitan: Neelofa Jadi Duta Jenama Antrabangsa Hamilton, Berniqab Tak Jejas Rezeki
Allah lancarkan urusan rezeki
Menurut Riz, 28, rezeki itu sudah tertulis buat Neelofa selain berkat sikap patuh usahawan itu terhadap suaminya.
Riz berkata, dia sentiasa mengingatkan isterinya agar patuh syariah dalam apa juga perkara dibuat termasuk dalam soal penampilan.
Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat taat pada suami. Saya percaya, jika kita tetapkan hati dan istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara, insya-Allah, segalanya dipermudahkan Allah SWT.
Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa juga yang diterima isteri. Itu semua rezeki Allah.
Secara peribadi, saya sentiasa menyokong apa saja perkara yang membawa kepada kebaikan bukan saja untuk dia dan keluarga tapi juga secara umum. Secara tak langsung, pelantikan isteri sebagai duta adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama dan budaya kita.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail menyifatkan soal penampilan wanita Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka.
Sebelum ini, Neelofa yang juga ibu kepada dua cahaya mata dilantik menjadi duta jenama itu pada majlis yang diadakan baru-baru ini.
Menurut bekas pengacara program Nona, jenama yang berasal dari Belanda itu mula ‘melamar’ dirinya sejak awal tahun ini.
Kalau ditanya mengenai lamaran menjadi duta ini, saya rasa awal tahun ini. Sebelum ini, saya memang ada bekerjasama dengan beberapa jenama membabitkan barangan untuk anak. Jadi, mereka bertanya klien sebelum ini dan mereka dapat maklum balas baik. Jadi, mereka ‘approach’ saya.
Terdahulu, Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 1 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan.