Selebriti media sosial Caprice memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan untuk menarik balik injuksi interim yang menghalangnya mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi dan berbentuk ugutan terhadap pendakwah Ebit Lew.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Adakah Satu Trend Baru Nak Cerai Kena Rakam, Post & Buat Live Bagitahu Satu Dunia’ – Caprice
Artikel Berkaitan: Caprice Abaikan Teguran DSV – ‘99% Kes Saya Cover Sebab Ramai Mahu & Mangsa Sendiri Minta Tolong’
Kita menang
Menerusi sebuah posting di Instagram, Caprice kini dibenarkan berkongsi sebarang berita mengenai Ebit. Di samping itu, Ebit diperintahkan membayar sejumlah wang kepada Caprice.
Hari ini kita menang di Mahkamah Tinggi untuk lawan injuksi interim kes Ebit Lew.
Pihak sana kena bayar kepada kami sejumlah wang dan kami sekali lagi dibenarkan untuk berkongsi mana-mana berita mengenai Ebit Lew.
Ramai tanya kenapa Cap tiba-tiba lama senyap? Sebab pihak sana pasang injunksi interim agar saya tak dapat petik nama dia atau cover berita mengenainya. Tapi hari ni kita menang. Syukur Alhamdulillah.
Berbicara lebih lanjut, Caprice menjelaskan sebelum ini dia terpaksa berdiam diri daripada mengulas isu membabitkan Ebit kerana terikat dengan injuksi dikeluarkan pihak mahkamah.
Alhamdulillah
View this post on Instagram
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Shah Alam mengeluarkan perintah injuksi interim terhadap Caprice bagi menghalang dia dan pempengaruh media sosial The Mondy Tattoo daripada mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi dan berbentuk ugutan terhadap Ebit.
Sumber: Caprice