Penyampai radio Fizi Ali meluahkan rasa syukur apabila dapat menunaikan solat secara berjemaah dengan isterinya, Siti Zulaikha, malam tadi.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Wish Birthday Isteri Tercinta – ‘Terima Kasih Jadi Bidadari, Awak Buat Saya Tersenyum Semula’
‘Malam Jumaat pertama’
Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Ali, 34, memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya bersama isteri serta anak perempuannya, Ameena Sofia di dalam masjid.
Menurut Fizi, malam tadi merupakan malam Jumaat pertama mereka bergelar suami isteri selepas disahkan bernikah pada Isnin lalu.
Alhamdulillah, malam jumaat pertama kami hehe. kakak tak join ada masalah perempuan.
Dalam perkongsian sama, Fizi kelihatan kemas mengenakan baju melayu bewarna hitam dan lengkap bersongkok, manakala isterinya manis mengenakan telekung berona merah jambu.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas gembira melihat pasangan itu serta mendoakan mereka bahagia.
Terdahulu, Fizi mengejutkan ramai pihak apabila mengumukan sudah bernikah dengan wanita pilihannya yang juga rakan perniagaan, Siti Zulaikha, 30.
Pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Gombak.
Untuk rekod, Fizi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018. Namun disahkan bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram