berita

‘Alhamdulillah, Rezeki Dapat Melawat Adik Rahman Dekat Muar’ – Tiz Zaqyah

September 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

nahas kemalangan

Pada Sabtu lalu kita dikejutkan dengan kematian enam ahli keluarga serentak yang menjadi mangsa dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Segamat di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Artikel Berkaitan: ‘Moga Adik Abdur Rahman Boleh Rawat Jiwa & Berdoa Di Depan Kaabah’

Artikel Berkaitan: ‘Segala Persiapan Tunang Dah Dibuat’ – Lelaki Maut Kereta Dipandu Terbabas Langgar Pokok

Melawat Rahman

tiz abdur rahman

Tragedi duka yang dialami oleh anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan tersebut, Abdur Rahman telah mendapat perhatian ramai termasuk selebriti tempatan iaitu pelakon terkenal, Tiz Zaqyah.

Difahamkan aktres ini berkesempatan melawat remaja berusia 19 tahun itu di Muar dengan berkongsi tentang perkara tersebut di laman Twitter.

Dalam pada itu, Tiz juga mengucapkan rasa syukur kerana diberi kesempatan tersebut selain turut mendoakan Rahman.

Alhamdulillah. Rezeki dapat melawat adik Rahman dekat Muar.

Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan semuanya untuk adik Rahman.

Sikap prihatin

tiz abdur rahman

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada pelakon drama Nur Kasih itu kerana keprihatinannya dan mengambil berat terhadap remaja berkenaan.

Terdahulu, ibu bapa serta empat lagi adik kepada Abdur Rahman disahkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar ibunya di Segamat.

Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Difahamkan, ibunya merupakan guru Sekolah Agama Semedak manakala bapanya merupakan seorang imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang.

Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.

Sumber: Twitter Tiz Zaqyah

SKIP THIS AD ×