Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Bin Ali, 34 selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada hari ini 23 Oktober 2023, jam 10 pagi bersama pasangannya Siti Zulaikha, 30, di sebuah lokasi di Gombak.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Tamat Zaman Duda Dengan Rakan Niaga
Dihadiri ahli keluarga
Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai itu dilihat sangat indah dengan senyuman. Fizi Ali dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.
Menurut Fizi Ali, perkenalannya dengan isteri adalah secara kebetulan. Mereka bermula sebagai rakan perniagaan, tetapi selepas itu mereka percaya ada keserasian. Tambah Fizi lagi, isterinya adalah orang yang paling rapat dengannya ketika itu. Di samping itu, isterinya juga merupakan individu yang mendorongnya untuk lebih semangat ketika dirinya mengalami masalah atau dalam kesusahan.
Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk cuba mengenali hati budi masing-masing dan dengan berkat doa kedua ibu bapa, akhirnya mereka digelar sebagai pasangan suami isteri.
Keputusan untuk mengadakan majlis secara sederhana ini adalah persetujuan diantara dua pihak. Kami dah bertunang beberapa bulan lepas, tetapi kami mengambil keputusan untuk berdiam dulu kerana takut jika perancangan kami itu hanyalah perancangan, yang saya pasti saya akan war-war kan apabila tibanya hari ini dimana kami telah pun disatukan dengan ikatan yang sah.
Kami memilih hari isnin hari ini adalah kerana tarikh cantik, iaitu 23 Oktober 2023.
Alhamdulillah rezeki saya bila berjumpa dengan seseorang yang ada anak perempuan juga. Setelah beberapa kali keluar bersama sebelum ini, nampak yang Ameena dah pun mula rasa selesa dan terima. Mungkin lepasni saya pula kena tinggal seorang di rumah kerana Ameena dah jumpa girl bestfriend dia iaitu mama dan kakak dia.
Terima Kasih kepada yang sentiasa menyokong saya dari dulu hinggalah kini, yang dengar saya setiap petang di Hot FM dalam segmen Hot Squad, semoga sentiasa doa yang baik berbalik kepada anda.
Harapan saya selepas ini, semoga saya sentiasa bahagia bersama isteri disisi dan keluarga saya untuk harungi pelbagai cabaran bersama dan semoga ini adalah perkahwinan saya sampai bila-bila hingga ke Jannah, InshaAllah.