berita

‘Alhamdulillah, Saya Sihat’ – Zizan Nin Jawab Dakwaan Hidap Penyakit Kanser Punca Lama Tak Muncul Di Kaca TV

October 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon dan pengarah, Zizan Nin sedang terlantar sakit berikutan keadaan fizikalnya yang dilihat tidak seperti sebelum ini. Bahkan, ada juga segelintir netizen mendakwa Zizan sedang menjalani kemoterapi disebabkan warna kulitnya yang kelihatan seperti ‘terbakar’ serta rambut botak dan tiada kening.

Artikel Berkaitan: ‘Ibarat Kaca Jatuh Berkecai Ke Lantai Bila Dengar Papa Hidap Kanser Limfoma’

Bagi menjawab dakwaan tersebut, OhBulan! telah menemu bual Zizan bagi mendapatkan kepastian.

Kolesterol tinggi

Menurut Zizan, dia mempunyai masalah kolesterol yang tinggi. Berikutan daripada itu, dia rajin bersenam dan menjaga kesihatan agar mendapatkan berat badan yang ideal.

Alhamdulillah, saya sihat dan tiada apa-apa penyakit pun. Cuma saya memang aktif bersenam untuk jaga kesihatan dan jaga berat sahaja. Doktor cakap kolesterol saya tinggi. Sebab itu saya jaga diet dan bersukan. Selain itu, saya rajin berpusa setiap hari Isnin dan Khamis.

Disoal mengenai perkembangan dalam bidang kerjaya pula, Zizan berkata dia belum merancang untuk bersara dari bidang lakonan walaupun sudah duduk di kerusi pengarahan filem ketika ini.

Zizan atau nama sebenar Azizan Nin, 50, buat masa ini, terpaksa memperlahankan karier lakonan kerana memberi fokus pada bidang pengarahan bersama syarikat produksi, Aquila Emas Sdn Bhd (AESB).

Selepas mengarah projek drama, travelog dan dokumentari, saya diberi kepercayaan oleh produksi untuk mengarah filem berjudul Sazali Meor Coco. Ia adalah filem sulung arahan saya selepas hampir 25 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air.

Tambah Pelakon Harapan Lelaki, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 pada 2007 ini, dia masih mencuri masa untuk berlakon bila ada kelapangan.

Saya memang rindu pada bidang lakonan dan turut menjadi ‘cameo’ dalam filem Sazali Meor Coco ini. Selain itu, saya juga dapat tawaran berlakon drama untuk stesen TV9, baru-baru ini. Saya berlakon untuk lima hari sahaja. Itupun saya ‘pecah’ tarikh.

Contoh, sehari bulan ni, dua hari bulan depan dan dua hari bulan selanjutnya. Kalau terus lima hari bagi saya susah. Puas rakan-rakan dalam industri pujuk suruh berlakon semula. Mereka kata rindu nak tengok lakonan saya.

Ditanya pula mengenai pertaruhan muka baharu sebagai teraju utama filem Sazali Meor Coco, kata Zizan mereka dipilih menerusi sesi uji bakat yang dilakukan oleh pihak produksi sebelum ini.

Mereka sudah pernah berlakon cuma belum betul-betul terkenal. Syarat utama pemilihan pelakon, mereka perlu datang ke ujibakat dan boleh beri komitmen penuh terhadap projek filem ini. Lagipun ramai penonton di Malaysia nak tengok muka baru dan pentingkan bakat, bukan sekadar populariti semata. Jadi mereka datang ujibakat dan kami beri peluang.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×