berita

‘Ibarat Kaca Jatuh Berkecai Ke Lantai Bila Dengar Papa Hidap Kanser Limfoma’

August 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Serina

Semalam, chef selebriti terkenal tanah air, Datuk Redzuawan Ismail, 65, atau mesra disapa Chef Wan memberitahu dia menghidap kanser limfoma.

Artikel Berkaitan: Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma

Susulan daripada itu, Serina kelihatan memberi kata-kata semangat buat bapanya menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya, sebentar tadi.

Tak dapat tahan air mata

Serina

Menurut Serina, hatinya berkecai tatkala mendengar khabar kurang baik itu.

Assalamualaikum semua, semalam hati Serina ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar berita, papa hantar text bagi tahu dia ada Kanser Lymphoma, memang sedih. Saya tak tak dapat tahan air mata, saya menangis sepuasnya.

I know Ini Ujian Allah SWT nak beri pada papa dan kami sekeluarga, Allah maha baik pilih papa @_chefwan58 , sebab papa insan yang berhati mulia selalu tolong orang, selalu menceriakan hidup orang lain, sentiasa bantu ahli keluarga dan adik beradik.

Meskipun berasa sedih, Serina berkata bapanya seorang yang kuat dan redha menerima ujian ini.

Syukur Alhamdulillah papa redha, dia tenang terima kententuan ini, I’ M proud Of U papa! Insha Allah sakit tanda Allah Sayang, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia. Mudah mudah sahabat semua yang baca Nukilan Serina ni tolong doakan kesembuhan buat papa ya.

Tambah Serina, dia dan ahli keluarga yang lain akan selalu berada di sisi Chef Wan serta memberikan semangat.

Ingat papa, kami semua ada, Rina, Aidid, Tristan, Isabella @chefriz @l_nurel, adik beradik papa, sahabat dan peminat papa semua sayangkan papa, kami akan doakan papa kembali sihat. Stay strong.” YA Allah Ya Syafi berikanlah kesembuhan buat papa ku, Redzuawan Bin Ismail berinya hati yang kuat dan tabah redha dengan segalanya, angkatlah kesakitannya, tingkatkan imannya, dekatkan selalu papa dengan Mu Ya Rahman Ya Rahim. Amin.

Sumber: Serina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×