Seperti yang diketahui ramai, pelakon dan pelawak iaitu Fikry Ibrahim selamat melangsungkan pernikahannya pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Tular Video Berbusana Pengantin, Fikry Ibrahim Didakwa Sudah Berkahwin?
‘Terima kasih semua’
View this post on Instagram
Terbaharu, pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim berkongsi foto selepas majlis pernikahannya bersama isteri yang dikenali sebagai Khalizah Alihan menerusi Instagram (IG).
Menerusi hantaran yang dibuat, Fikry yang mengenakan baju melayu berona putih memuat naik gambar dirinya memimpin tangan Khalizah sambil membelakangi kamera.
Di ruangan kapsyen, pelakon berusia 31 tahun ini meluahkan rasa syukur serta menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang mendoakannya dan isteri.
Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Fikry dan isteri atas pernikahan mereka.
Komen netizen
Sumber: IG Fikry Ibrahim