Pelawak Ali Puteh mengakui sudah tidak menerima tawaran kerja seni sejak enam bulan lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Janji Bayar Hutang RM60,000 Sebelum Aidilfitri
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil’ – Ali Puteh Kecewa Rumah Arwah Mak Bakal Disita
Berniaga jadi sumber pendapatan
Menurut Ali, sekarang ini dia menjana pendapatan melalui berniaga di akaun media sosial, TikTok. Kata selebriti berumur 34 tahun, dia akan berusaha mencari rezeki demi membayar hutang RM60,000 serta menyara isteri, Melati Fitri Abdullah dan anak-anak yang masih kecil.
Memang tawaran kerja tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga dalam media sosial.
Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit. Jadi, saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam.
Ali berkata demikian ketika ditemui di rakaman program Melodi Raya 2023 di Luxury Garden Hall, Cyberjaya, pada Isnin.
Bukan penjenayah
@ohbulanofficial Ali Puteh berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada Siti Norhidayah Mohd Ali sebelum raya. We see how ? #ohbulan #sembangentertainment #aliputeh #janji #bayar #rm60k #kepada #norhidayah #sebelum #raya #aidilfitri ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan meluahkan rasa kecewa apabila perjalanan kerjaya seni terganggu gara-gara kontroversi dirinya dengan kakak ipar.
Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga yang tidak membabitkan jenayah.
Saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu. Saya merasakan ia tak adil, tetapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran selesai, isu ini tidak berpanjangan lagi.
Sebelum ini, Ali berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali sebelum Aidilfitri ini.
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.
Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.