Pelawak Ali Puteh berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali sebelum Aidilfitri ini.
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil’ – Ali Puteh Kecewa Rumah Arwah Mak Bakal Disita
Terpaksa bergadai
@ohbulanofficial Ali Puteh berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada Siti Norhidayah Mohd Ali sebelum raya. We see how ? #ohbulan #sembangentertainment #aliputeh #janji #bayar #rm60k #kepada #norhidayah #sebelum #raya #aidilfitri ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Ali terpaksa akur apabila permohonan untuk membayar secara ansuran telah ditolak oleh Hidayah.
Dari awal saya mohon untuk bayar secara ansuran, tetapi ditolak. Jadi, saya akan usahakan untuk bayar serentak dengan penuh seperti yang diminta. Insya-Allah, sebelum Aidilfitri ini saya akan selesaikan.
Apa nak buat, saya tak boleh nak menidakkan sebab ini kerja Tuhan. Tak mengapa, saya bincang dengan isteri, kami akan usahakan apa yang termampu biarpun terpaksa bergadai.
Saya pun sudah hubungi peguam saya semalam (Ahad), dan rasanya hari ini (Isnin) surat pun sudah dihantar. Insya-Allah, sebelum Aidilfitri selesai.
Ali berkata demikian ketika ditemui di rakaman program Melodi Raya 2023 di Luxury Garden Hall, Cyberjaya, pada Isnin.
Selamatkan rumah pusaka
Dalam pada itu, kata Ali, 34, dia akan berusaha melunaskan tuntutan hutang itu bagi mengelakkan rumah pusaka arwah ibunya disita. Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan rumah kenangan itu.
Sebenarnya, ada perselisihan faham mengenai rumah berkenaan. Ia adalah rumah pusaka arwah ibu, tetapi banyak pula peguam bersuara.
Saya juga sudah menghubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya menjawabnya di mahkamah. Tetapi, saya malas nak teruskan di mahkamah lagi.
Jadi, kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tidak tahu apa terjadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik susulan rumah pusaka disita, kami akan sediakan bayaran saman secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.
Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.