Belum selesai bayaran ganti rugi RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, pelawak Ali Puteh telah menerima satu berita buruk apabila rumah arwah ibunya bakal disita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Perintah mahkamah itu dikeluarkan susulan Ali gagal membayar tuntutan kepada Siti Nurhidayah Mohd Ali.
Kenapa perlu kaitkan dengan rumah arwah mak saya?
Memetik laporan Melodi, Ali terkejut serta berasa kecewa apabila kemelut dengan kakak iparnya telah mengaitkan rumah peninggalan arwah ibunya.
Kata Ali, 34, dia tetap akan berusaha untuk melunaskan bayaran tersebut secara ansuran memandangkan pendapatan sebagai anak seni sudah terjejas.
Masalah itu antara saya dengan balu arwah Abam saja. Saya pun baru dapat tahu benda ini dan surat (mahkamah) pun baru sampai. Lagi pun, bukannya saya nak menolak untuk membayar RM60,000 itu.
Saya akan cuba membayarnya juga. Cuma, tak bolehlah nak bayar sekali gus sebab saya ada tanggungan keluarga. Kerjaya saya pun dah tak ada langsung dan mungkin akan bayar secara ansuran.
Mana hati budi?
Tambah pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia menyifatkan tindakan Hidayah tidak wajar kerana masalah itu hanya membabitkan mereka berdua.
Saya masih terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik yang memaklumkan rumah arwah mak di Batu 10, Gombak ini akan disita kerana perintah yang mahkamah sudah keluarkan.
Saya jadi pelik sebabnya ini (rumah) harta arwah mak saya, kenapa pula dijadikan sebagai cagaran ataupun nak disita? Kes RM60,000 itu antara saya dengan balu arwah Abam. Tapi, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes ini?.
Rumah arwah mak saya adalah di atas nama Allahyarham dan arwah bapa tiri saya. Ia bukannya diatas nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya pun ada anak kecil.
Dengan sitaan mahkamah, surat bercop (mahkamah) itu tidak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya hukum karma, tak sebenarnya bukan. Saya dah tekankan, ini kes berlainan. Kes saya dengan balu arwah Abam lain dan kes faraid pun lain. Ia tak sama.
Dalam pada itu, Ali menjelaskan dia memilih untuk berdiam diri kerana sudah cukup dimaki dan dilemparkan pelbagai tohmahan dari warganet.
Kes ini pun dah bertahun. Saya sendiri sudah tiga tahun orang maki hamun sebab keluar dari mahkamah dah kalah. Cakap apa pun tak akan dianggap betul. Tapi, percayalah cakap saya.
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.
Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.
Sumber: Youtube