Pelawak dan pelakon Ali Puteh meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menghiburkan peminat selepas beberapa tahun tidak muncul di kaca televisyen dan kurang menerima tawaran kerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Dah Lama Tak Jumpa Hamzah, Sedia Hulur Bantuan Jika Diperlukan – ‘Insya-Allah Saya Akan Usahakan’
Artikel Berkaitan: Ali Puteh Mahu Bantu Suami Isteri Dijel 28 Hari, Gara-Gara Mencuri Untuk Biayai Kos Dialisis Ibu – ‘Boleh Saya Bayarkan Denda RM3k?’
Kembali hiburkan peminat
Menerusi hantaran di TikTok, Ali atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, gembira dapat mewarnai semula industri hiburan tanah air.
Kini kembali dengan niat yang satu untuk menghiburkan semua. Terima kasih buat isteri yang sentiasa ada di saat aku jatuh difitnah dan di caci sang duniawi.
Kini tiba masanya kita nikmati senyum dan tawa yang hilang sekian lama.
Ali sebelum ini memaklumkan dia kurang menerima tawaran berlakon dan disekat oleh beberapa stesen susulan isu yang berlaku membabitkan dirinya dengan kakak ipar yang juga balu kepada Allahyarham Abam Bocey.
Ujian ada hikmah
Menganggap segala ujian yang berlaku sebagai satu hikmah, Ali mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus memberikan sokongan.
Setiap ujian pasti ada hikmahnya, setiap tangisan pasti ada manisnya dan setiap kesedihan pasti ada penghujungnya.
Selepas hujan pasti ada pelanginya. Alhamdulillah syukur dengan segala ujian dari Yang Maha Esa. Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan saya dan keluarga.
Dalam perkembangan lain, Ali berjaya menempah tiket ke pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 sebagai kumpulan Putehh yang bakal berlangsung pada 16 November ini.
Selain Ali, Putehh turut dianggotai oleh Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin.
Sumber: TikTok