Pelawak, Ali Puteh mahu segera berjumpa dan melangsaikan segala tuntutan saman kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah.
Artikel Berkaitan: Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000, Hasil Jualan Barangan Peribadi & Produk Makanan
Nak ‘settle’ hutang segera
@melodiberapi HASIL MENJUAL BARANGAN PERIBADI DAN PRODUK MAKANAN, PELAKON DAN PELAWAK ALI PUTEH AKHIRNYA BERJAYA MENGUMPUL WANG TUNAI SEBANYAK RM TUJUH PULUH LIMA RIBU BAGI MEMBAYAR TUNTUTAN SAMAN YAG DIBUAT OLEH BALU ALLAHYARHAM ABAM IAITU NOOR HIDAYAH.. HUTANG MEMANG KENA BAYAR, SEMOGA URUSAN ALI DIPERMUDAHKAN.. #meloditv3 #fyp??viral #ceritaartismalaysia #fyp??viral?tiktok #panas #aliputeh #hidayah #sensasi ? original sound – Melodi tv3
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia bersyukur apabila berjaya mengumpulkan RM75,000 demi untuk melangsaikan hutang tersebut.
Tambah Ali, dia tidak pernah lari daripada membayar hutang Hidayah sebaliknya berusaha untuk mengumpul sejumlah wang yang diperuntukkan bagi membayar tuntunan saman tersebut.
Kalau boleh saya nak selesaikan secepat mungkin sebab benda itu (duit) dah ada dalam tangan.
Mungkin saya nak jumpa dia dalam tempoh yang terdekat dalam seminggu dua ini, jangan risau.
Saya memang nak bayar sebelum ini, bukannya saya lari. Cuma waktu itu wang belum mencukupi.
Dalam pada itu, Ali menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dirinya dan isteri mahu meraih simpati kerana menangis sewaktu menjual segala barangan peribadi miliknya.
Alhamdulillah apa yang dirancang itu dipermudahkan dan saya buat ini sebab memang nak bayar hutang dia, itu sahaja.
Bila masyarakat mula kata saya tak ada usaha nak bayar (hutang), saya terus bincang dengan isteri saya untuk jual barangan berharga kami.
Mula-mula itu termenung juga sebab kami sayangkan barang-barang tersebut tetapi saya ambil dari sudut positif bahawa itu semua duniawi, kalau mati pun bukan boleh saya bawa.
Tangisan itu bukan sebab nak meraih simpati atau nak ‘play victim’ tapi biasalah kita jual barang yang kita sayang. Walaupun sedih, terpaksalah kami menjualnya.
Di akhir video, adik kepada Arwah Abam itu menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang memberikan sokongan serta mendoakan segala urusannya dipermudah.
Terdahulu, Ali terpaksa menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya bagi mendapatkan wang untuk membayar tuntutan saman kakak iparnya, Hidayah.
Selain itu, Ali turut menjual tujuh trofi yang pernah dimenanginya sewaktu menyertai beberapa pertandingan realiti televisyen satu ketika dahulu.
Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.
Sumber: TikTok Melodi