Selepas sebulan bergelar janda, pelakon dan model popular, Alicia Amin menjelaskan buat masa kini dia tidak mahu memikirkan soal cinta atau mencari peneman hidup yang baharu.
Artikel Berkaitan: ‘Sampai Sini Sahaja Jodoh Kami’- Alicia Amin Cerai Talak Satu
Artikel Berkaitan: Diminta Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami, Alicia Amin Tegur Perangai Netizen
Fokus diri & kerja
Alicia atau nama lengkapnya, Raja Alicia Raja Amin, 28, berkata dia hanya mahu memberi fokus sepenuhnya kepada diri sendiri selain berhasrat untuk mengembangkan kerjaya di luar negara.
Kalau ada yang cuba untuk mengejar itu, saya tak tahu, kalau ada pun, saya takkan tahu. Lagipun, saya baru saja bercerai dalam sebulan yang lalu.
Jadi siapa saja yang berani, macam pelik sangat kan. Saya rasa, buat masa ini saya nak relax dahulu dan fokus dengan kerja dan kehidupan saya.
Bukan nak cakap masa kahwin, saya tak boleh nak fokus tapi memang naturally bila dah kahwin, memang akan ada fokus terhadap rumah tangga.
Jadi, untuk saya sekarang benda itu dah tak ada, jadi saya mahu fokus pada diri sendiri dan kerja. Saya nak cuba untuk kembangkan kerjaya ke Indonesia, Amerika ke UK ke.
Dalam masa sama, model tinggi lampai itu mendedahkan ada yang cuba untuk mengenali dirinya, namun dia tetap berpegang dengan pendiriannya dan tidak akan mengubah apa-apa pun.
Kalau ada orang nak kenal pun dalam masa ini, saya tetap akan buat apa yang saya sudah rancang dan nak capai. Saya takkan ubah perancangan saya.
Jadi, saya rasa no point juga la kalau orang nak kenal dengan orang macam saya sekarang ini.
Untuk rekod, Alicia pernah mendirikan rumah tangga dengan doktor perubatan bernama Farzan Iqbal pada Februari tahun lalu, bagaimanapun pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.
Pada awal Mac lalu, Alicia mengesahkan sudah bercerai talak satu dan keputusan itu terjadi selepas melakukan perbincangan secara baik selain memutuskan untuk menjadi kawan sahaja.